Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJOHANAN BOLING TENPIN ASIA ke-26

Beregu lelaki Jaris Goh, Timothy Tham raih emas kedua S'pura

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



SEHARI selepas Cherie Tan merangkul pingat emas dalam acara perseorangan wanita, pemain boling Singapura mencatat satu lagi kemenangan besar dalam Kejohanan Boling Tenpin Asia ke-26 di Hong Kong kelmarin apabila beregu lelaki Muhammad Jaris Goh dan Timothy Tham memenangi emas mengejutkan.



Perubahan corak minyak lorong selepas aksi hambar Selasa lalu - Tham menamatkan persaingan perseorangan lelaki di tangga ke-64 dan Goh menduduki tempat ke-80 - menyaksikan Tham meraih tiga permainan sempurna apabila beliau bergabung dengan Goh untuk menjatuhkan 2,991 pin dan merangkul gelaran beregu pertama mereka.



Beregu pemenang pingat perak Sukan SEA Hanoi 2022 itu mengatasi pasukan Malaysia, Syazirol Shamsudin dan Tun Hakim (2,967), dan Park Dong-hyuk dan Park Geon-ha dari Korea Selatan (2,918), yang masing-masing meraih perak dan gangsa.



Rakan sepasukan boling nasional mereka, Basil Ng dan Cheah Ray Han, menduduki tempat kelima dengan 2,885 pin, manakala Mike Ong dan Darren Ong (2,868) di tempat keenam.



"Saya masih terkejut tetapi sangat gembira," kata Goh, 26 tahun, yang menyifatkan komunikasi dan saling mempercayai sebagai faktor kejayaan mereka.



Tham menambah: "Kami bermain boling dengan corak minyak berbeza daripada pada hari sebelumnya, jadi adalah penting untuk tampil dengan minda terbuka dan menyesuaikan diri.



"Saya bekerjasama dengan jurulatih saya untuk menyediakan peralatan saya bagi corak minyak lebih panjang."



Pemain berusia 23 tahun itu juga teruja mendapat permainan sempurna sulungnya di sebuah kejohanan antarabangsa dan berpuas hati dengan prestasinya, dan untuk bersaing dalam acara trio dan lima sepasukan lelaki yang dipertandingkan semalam.



Beliau berkata: "Ia memberi saya keyakinan sekali gus dan untuk terus bersabar dan fokus pada apa yang berlaku pada masa ini.



"Acara akan datang akan menyediakan cabaran dan dinamik persaingan berbeza, jadi adalah penting untuk menetapkan semula tahap mental dan fizikal, berehat malam ini dan kembali bertanding."



Kelmarin, pemain boling Singapura menambah dua pingat dalam acara beregu wanita dengan Shayna Ng dan New Hui Fen menduduki tempat kedua (2,828 jatuhan pin) di belakang juara Baek Seung-ja dan Jung Da-wun dari Korea Selatan (2,903).



Bernice Lim dan Jazreel Tan (2,818) meraih perak, hanya 21 jatuhan pin di depan rakan sepasukan, Cherie Tan dan Daphne Tan.



Ng, 33 tahun, berkata: "Kami bermain dengan baik sebagai sebuah pasukan, melengkapi rembatan satu sama lain dan berkomunikasi dengan jelas dengan jurulatih kami."



New, 30 tahun, menambah: "Mendapat perak sedang pasangan lain menamatkan persaingan di beberapa kedudukan teratas adalah satu permulaan baik untuk melangkah ke dua acara berpasukan lain (trio dan lima sepasukan)."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >