Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Beregu S’pura, Terry Hee, Jessica Tan mara ke separuh akhir

Jan 12, 2024 | 07:13 PM



Beregu campuran badminton Singapura, Terry Hee dan Jessica Tan mengalahkan bekas juara dunia Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Sapsiree Taerattanachai 21-16, 21-19 pada suku akhir Terbuka Malaysia pada 12 Januari untuk mara ke pusingan seterusnya.

Dalam persaingan di Arena Axiata di Kuala Lumpur, beregu nombor 22 dunia itu memenangi perlawanan pertama dalam masa 17 minit.

Tetapi mereka dipaksa bekerja keras dalam perlawanan seterusnya, yang menyaksikan rali panjang 85 pukulan yang mendebarkan, sebelum pasangan warga Singapura itu memperoleh kemenangan lapor The Straits Times (ST).


Hee, 28 tahun, mengakui bahawa kedua-dua mereka bertuah kerana berjaya mara ke pusingan seterusnya, selepas tewas tiga perlawanan sebelum ini kepada lawan yang sama.

Mereka pernah menang sekali apabila beregu Thailand itu terpaksa menarik diri kerana cedera.

“Saya cukup gembira kerana menang hari ini, tetapi kami perlu terus fokus dan bersiap sedia untuk pusingan seterusnya.

“Tuah memainkan peranan besar dalam perlawanan ini, kedua-dua belah pihak bersaing sengit dan pada akhirnya, sangat memenatkan,” ujar Hee.

Mengenai rali panjang 85 pukulan pada permainan kedua, Tan berkata apa yang mereka mampu fikirkan adalah terus bernafas dan bertahan.

“Kami sangat letih, tetapi begitu juga lawan kami dan kami cuba sedaya upaya untuk bertahan.

“Rasanya luar biasa dan cukup emosional untuk mara ke separuh akhir Super 1000 buat pertama kali. Lawan kami adalah bekas juara dunia, jadi kami sangat gembira dapat mencabar mereka dengan sengit dan menang hari ini.”

Dengan kemenangan itu, pasangan suami isteri itu juga meraih mata untuk bidaan kelayakan Olimpik Paris.

Meskipun demikian, Tan menegaskan mereka tidak terlalu memberi tumpuan pada mata kelayakan, sebaliknya, ingin bermain dengan baik dalam setiap perlawanan.

Mereka akan menentang pemain nombor 7 dunia Korea Selatan, Kim Won-ho dan Jeong Na-eun pada separuh akhir pada 13 Januari.

Sementara itu dalam kategori perseorangan wanita, pemain nombor 22 dunia Singapura, Yeo Jia Min tewas 21-16, 21-12, 21-19 kepada pemain ranking teratas An Se-young.

“Saya rasa agak malu kerana tewas,” katanya sambil menambah beliau telah melakukan beberapa kesilapan dalam permainan.

Mengenai kemenangannya dalam perlawanan pertama, Yeo, 24 tahun, berkata: “Saya berasa lebih yakin selepas beliau melakukan beberapa kesilapan pada perlawanan pertama, tetapi pada perlawanan kedua dan ketiga, beliau lebih fokus.”

Akibat kesilapan An, Yeo meraih lima mata berturut-turut untuk mendahului dan meraih kemenangan 21-16 pada perlawanan pertama.

Bagaimanapun, An memulakan permainan kedua dengan lebih hebat dengan jurang enam mata untuk mendahului 8-2.

Pemain Korea itu kemudian memenangi perlawanan kedua 21-12 ketika Yeo kelihatan lebih letih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >