Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Beribu banjiri Kelab Masyarakat Keat Hong tonton Piala Dunia

Jul 13, 2018 | 5:30 AM
DIBANJIRI PENONTON: Sekitar 2,000 penonton telah hadir dan membanjiri tempat Keat Hong CC (gambar atas) semata-mata untuk menyokong pasukan kegemaran mereka yang beraksi dalam Piala Dunia. - Foto KEAT HONG CC
DIBANJIRI PENONTON: Sekitar 2,000 penonton telah hadir dan membanjiri tempat Keat Hong CC (gambar atas) semata-mata untuk menyokong pasukan kegemaran mereka yang beraksi dalam Piala Dunia. - Foto KEAT HONG CC -

BAHANG piala dunia 2018 kian terasa menjelang perlawanan akhir antara Perancis dan Croatia pada 15 Julai ini.

Selain menyokong pasukan kegemaran mereka dari rumah, ramai juga yang tidak mahu melepaskan peluang keemasan ini untuk menonton perlawanan bola sepak di tempat awam seperti di Kelab Masyarakat (CC).

Di Keat Hong CC misalnya, sehingga sekitar 2,000 orang telah hadir dan membanjiri tempat tersebut, semata-mata untuk menyokong pasukan kegemaran mereka.

Siaran piala dunia yang dibuka secara percuma buat orang ramai ini diadakan buat pertama kalinya di dewan serbaguna, auditorium, serta di atrium Keat Hong CC.

Setakat ini, seramai 25,000 orang telah turun padang untuk menonton siaran langsung perlawanan bola sepak piala dunia.

Selain Keat Hong CC, orang ramai boleh ikuti perlawanan akhir Ahad ini di 55 CC lain.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg