Topic followed successfully
Go to BHkuBerlutut simbolik antiperkauman tidak beri kesan? Berhenti atau teruskan?
Berlutut simbolik antiperkauman tidak beri kesan? Berhenti atau teruskan?
Berlutut simbolik antiperkauman tidak beri kesan? Berhenti atau teruskan?
LONDON: Kapten kelab Liga Perdana England (EPL) sedang berbincang mengenai pendekatan yang akan diambil bagi musim yang bakal bermula lusa, berhubung perbuatan berlutut sebelum perlawanan bermula, iaitu lambang menentang perkauman dalam bola sepak.
Kumpulan itu telah pun mengadakan satu perbincangan berhubung berkata itu baru-baru ini, tetapi tidak mencapai sebarang keputusan yang dipersetujui, kata BBC dalam laporannya.
Perbincangan susulan akan diadakan selepas mereka berbincang dengan rakan sepasukan masing-masing.
Pemain EPL telah berlutut sebelum perlawanan bermula sejak liga dimulakan semula di tengah-tengah pandemik Covid-19 pada Jun 2020.
Namun, pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha, berhenti berbuat demikian pada Februari 2021, kerana mendakwa perbuatan itu tidak beri kesan kerana sebahagian pemain kulit hitam di EPL masih dihina.
Beberapa kelab liga Championship, termasuk Derby, Brentford, Bournemouth dan Queens Park Rangers, juga menghentikan perbuatan berlutut sekitar tempoh itu.
Difahami, ramai pemain berasa kesan melakukan perbuatan simbolik itu kini telah kehilangan kesannya.
Sejauh ini, EPL telah berikrar ia akan membuat keputusan berhubung perkara itu dengan berpandukan pandangan pemain.
Ia dijangka membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu sebelum perlawanan pembuka tirai musim ini antara Crystal Palace dengan Arsenal di Selhurst Park lusa nanti. - Agensi berita.

