Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Berpindah ke Barca cemar legasi Lewandowski di Bayern Munich?

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



AKHIRNYA ia berlaku juga. Selepas beberapa bulan jadi topik perbualan, Robert Lewandowski telah menyertai Barcelona.



Pemindahan itu menandakan berakhirnya hubungan lapan tahun antara Lewandowski dengan Bayern Munich yang menyaksikan mereka memenangi lapan kejuaraan Jerman berturut-turut serta Liga Juara-Juara pada 2020.



Namun, ia tidak berkesudahan dengan baik. Lewandowski telah berulang kali menyuarakan kekecewaan mengenai majikan lamanya dalam beberapa minggu sebelum ini.



Apabila beliau dipaksa kembali ke sesi latihan pasukan pada minggu ketiga Julai lalu, beliau tiba lewat tiga hari berturut-turut dengan sengaja dan kelihatan tidak bermaya semasa sesi latihan.



Sama ada penyerang itu jujur apabila menyuarakan bahawa beliau tidak "mungkin untuk bermain dengan kelab ini lagi" masih diragui.



Ramai di Bayern melihatnya sebagai satu taktik untuk beliau keluar daripada kontraknya.



Peristiwa-peristiwa dalam beberapa minggu kebelakangan ini boleh menjejas legasi Lewandowski di Bayern, apatah lagi ini adalah kali kedua dalam kerjanya dimana beliau cuba memaksa satu pemindahan sebelum tamat kontraknya - pernah dilakukan oleh beliau pada 2013 apabila beliau bersama Borussia Dortmund ketika itu.



Jika kita cuba untuk memahami perasaan lewandowski, mungkin ada sebab-sebab yang wajar bagi beliau untuk berpindah ke Barcelona pada musim panas ini.



Di sebalik rekod cemerlang 344 gol dalam 375 perlawanan sepanjang tempoh lapan tahun di Bayern, Lewandowski terpaksa menunggu lama sebelum menerima sebarang pengiktirafan antarabangsa.



Beliau amat kecewa pengundi Ballon d'Or (anugerah yang dianjurkan bola sepak Perancis yang diberikan setiap tahun bagi mengiktiraf pemain terbaik dunia) telah berulang kali mengabaikan beliau. Lewandowski hanya pernah memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik Fifa pada 2020 dan 2021.



Yang jelas, Lewandowski tidak membina nilai nama dari segi kewangan yang anda mungkin jangkakan daripada salah seorang penyerang yang paling prolifik dalam generasi beliau. Tawaran penajaan dan sokongan wang besar sebaliknya telah diberikan kepada pemain lain.



Tidak lama lagi berusia 34 tahun, ini mungkin peluang terakhir Lewandowski untuk mendapat manfaat secara komersial dan meninggalkan warisan yang lebih besar.



Pasukan Barcelona yang disegarkan semula di bawah pengurus Xavi Hernandez boleh menjadi tempat yang sempurna untuk berbuat demikian.



Lewandowski akan menjadi penyerang pilihan utama yang tidak boleh dipertikaikan di Camp Nou, sama seperti mana beliau lakukan di Bayern selama lapan tahun.



Apabila Bayern menandatangani Lewandowski pada 2014, memancing beliau dari saingan mereka Dortmund, mereka tahu beliau boleh menjadi harapan pasukan.



Apa yang mereka tidak duga ialah Lewandowski muncul menjadi penjaring gol yang cemerlang dan penyumbang utama kepada serangan Bayern sehingga ada yang menganggap pemain Poland itu adalah penyerang terbaik dalam sejarah kelab itu. Ini akan meletakkan beliau di atas Gerd Muller, legenda Bayern pada 1960-an dan 1970-an.



Ketelitian Lewandowski, ditambah pula dengan sikap profesional dan senarai kecederaan yang sedikit, membuat beliau manjadi harapan pasukan.



Secara purata, Lewandowski bermain 47 permainan untuk Bayern semusim. Para peengurus juga tidak perlu bimbang tentang posisi di depan kerana beliau biasanya bersedia dan jarang tidak melakukan yang terbaik.



Selain itu, sikap serba boleh Lewandowski membolehkan beliau mudah menyesuaikan diri dengan pengurus baru Bayern.



Beliau berfungsi sama baik di bawah pimpinan Pep Guardiola, Carlo Ancelotti, Hansi Flick dan Julian Nagelsmann. Walaupun beberapa rakan sepasukannya memaksa jurulatih Bayern untuk membuat penyesuaian taktikal, mereka tidak pernah perlu bimbang tentang Lewandowski.



Selain daripada masalah perundangan dengan bekas ejen dan rakan kongsi perniagaan Cezary Kucharski, Lewandowski tidak pernah cetuskan kontroversi di media selain daripada persembahan beliau di padang. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >