PEMAIN Liga Perdana Singapura (SPL) telah menjalani ujian swab Covid-19 kelmarin sebagai langkah permulaan bagi melanjutkan semula saingan liga setempat.
Pemain dari lapan kelab di sini - Balestier Khalsa, Geylang International, Hougang United, Lion City Sailors, Tampines Rovers, Tanjong Pagar United, Young Lions, and dan Albirex Niigata - bersama pengadil perlawanan SPL, telah menjalani ujian tersebut di Sekolah Menengah Siglap di Pasir Ris.