Topik diikuti
Pergi ke BHkuBianchi meninggal, 9 bulan selepas nahas
Premium
Bianchi meninggal, 9 bulan selepas nahas
Pemandu asal Perancis gagal atasi kecederaan semasa berlumba di GP Jepun
Bianchi meninggal, 9 bulan selepas nahas
JULES BIANCHI: Meninggal dunia di hospital di Nice, Perancis. Kereta Marussia yang dipandunya semasa di Grand Prix Jepun pada Oktober lalu merempuh sebuah traktor. - Foto REUTERS -
Jul 19, 2015 | 5:30 AM
LONDON: Pemandu asal Perancis perlumbaan Formula Satu (F1), Jules Bianchi, meninggal dunia, menurut kenyataan yang dikeluarkan keluarganya semalam - sembilan bulan selepas terlibat dalam satu kemelangan semasa berlumba di Grand Prix Jepun tahun lalu.
Pemandu berusia 25 tahun itu, yang berada dalam keadaan koma sejak insiden di Litar Suzuka pada Oktober lalu itu menghembuskan nafas terakhir di hospital di Nice, berdekatan rumah ibu bapanya di selatan Perancis.
