Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Biles berdepan isu 'tekanan dalaman' ketika tarik diri

Jul 29, 2021 | 05:30 AM



TOKYO: Penyertaan Simone Biles dalam baki saingan gimnastik di Tokyo 2020 menjadi tanda tanya apabila atlet itu menarik diri ketika pasukan Amerika Syarikat (AS) beraksi di final, kelmarin, berikutan masalah kesihatan.



Kejadian tersebut sekali gus menimbulkan keprihatinan terhadap kesihatan mental srikandi sukan gimnas AS itu.



Namun begitu, keputusan Biles untuk mengutamakan kesejahteraan mendapat sokongan yang meluas dari peminat dan atlet lain.



"Dalam kehidupan ini, banyak perkara lain yang juga penting dari gimnastik," kata Biles, sambil menambah beliau sedang mengutamakan kesejahteraan buat masa ini.



Tanpa Biles, pasukan AS gagal mempertahankan pingat emas mereka dan menyerahkan kemenangan kepada pasukan Rusia.



Bintang skuad AS itu menarik diri di pusingan final di Pusat Gimnastik Ariake selepas persembahan kurang bertenaga acara melombol.



Beliau dilihat meninggalkan gelanggang sebelum muncul semula bersama rakan sepasukan.



Namun pasukan AS menggantikannya dengan gimnas lain untuk menamatkan tiga rutin iaitu palang bertingkat, batang titian dan lantai.



Satu kenyataan daripada Persekutuan Gimnastik AS menyatakan Biles mengalami masalah kesihatan dan kini akan menjalani pemeriksaan harian untuk menentukan sama ada boleh terus beraksi di Tokyo 2020.



"Simone (Biles) menarik diri daripada acara akhir berpasukan kerana masalah kesihatan," menurut kenyataan itu kepada AFP.



Pemenang empat pingat emas di Rio 2016 itu layak ke final semua empat acara, tetapi prestasinya di peringkat awal pada Ahad lalu dicemari beberapa kesalahan mudah.



Dalam catatannya di Instagram pada Isnin lalu, gimnas berusia 24 tahun itu berkata beliau tertekan ketika peringkat kelayakan Ahad lalu.



"Saya merasakan seperti memikul beban dan berat satu dunia di atas bahu pada setiap masa," tulis Biles.



"Saya tahu perlu mengetepikannya dan membuatkan seolah-olah tekanan itu tidak memberikan kesan, tetapi ada masanya ia sukar...Olimpik bukan satu jenaka!".



Dengan menarik diri dari saingan di Olimpik ini dan mengongsi secara terbuka tentang kesihatan mental, Biles menyertai bintang tenis Jepun, Naomi Osaka, dalam menyuarakan keprihatinan ini.



Osaka telah mengambil tempoh berehat setelah menarik diri dari Terbuka Perancis pada Mei lalu.



Pemain tenis Jepun itu mengalami kekalahan 6-1, 6-4 di tangan Marketa Vondrousova dari Republik Czech dalam pusingan ketiga Sukan Olimpik Tokyo kelmarin, memusnahkan harapan beliau memenangi pingat emas Sukan Olimpik di padang sendiri. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >