Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BINA BADAN

Kejuaraan nasional kembali selepas 4 tahun

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 35 atlet bina badan telah menyertai satu kejuaraan tempatan bina badan di Downtown East, Ahad lalu.



Pertandingan besar-besaran itu telah dianjurkan Persatuan bagi Bina Badan dan Susuk Badan (Singapura) atau ABPS (Singapore) bagi mencungkil bakat baru yang berpotensi mewakili negara sambil memajukan lagi sukan bina badan setempat.



Pertandingan itu juga merupakan kejuaraan nasional yang julung-julung kali diadakan dalam tempoh empat tahun sejak ia kali terakhir diadakan pada 2017.



Atlet-atlet yang menyertai pertandingan itu telah bertanding dalam enam acara iaitu Bina Badan Lelaki (Bawah 75kg), Bina Badan Lelaki (Atas 75kg), Susuk Badan Sukan Lelaki, Susuk Badan Atletik Lelaki, Terbuka Master's Lelaki dan Susuk Badan Atletik Wanita.



Antara panel juri yang hadir termasuk bekas jaguh bina badan setempat Abdul Halim Haron dan Fatholomein Ali serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persekutuan Silat Singapura (Persisi) Dr Sheik Alau'ddin Yacoob Marican.



Antara atlet yang meraih kejayaan dalam kejohanan itu adalah Shaifulhaq Ahmad Ishak yang memenangi kategori Bina Badan Lelaki (Atas 75kg) dan juara keseluruhan.



Beliau gembira kejohanan ini diadakan di peringkat nasional bagi mempertingkatkan lagi bakat-bakat atlet bina badan di sini.



"Kami lihat ada beberapa muka baru dalam pertandingan ini dan mereka memberi saingan yang lebih sengit.



"Ini baik supaya atlet-atlet bina badan setempat dapat menaikkan taraf prestasi di sini dan melangkah lebih jauh lagi apabila bertanding di luar negara," kata beliau yang juga digelar Mr Singapore 2021 dalam pertandingan itu.



Antara muka baru yang menyertai pertandingan itu adalah Bushran Riwayat Dhahrsono yang menonjolkan estetik badannya untuk mendapat tempat pertama bagi kategori Susuk Badan Sukan Lelaki.



Bushran gembira dengan peluang itu dan berharap dapat pergi jauh dalam sukan ini.



"Saya amat bebesar hati dipanggil oleh juri beberapa kali untuk membuat perbandingan dengan atlet lain. Apatah lagi, saya bertanding dan berada di pentas dengan atlet yang lebih berpengalaman," kata pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej West yang berusia 18 tahun itu.



Kejohanan bina badan itu juga merupakan langkah lanjut yang dirancangkan ABPS (Singapore) untuk memajukan dan mengembalikan kegemilangan sukan bina badan Singapura serta mendapat pengiktirafan daripada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).



ABPS (Singapore) menetapkan sasaran membentuk skuad bina badan mewakili negara dalam kejohanan besar seperti Sukan SEA pada Mei tahun depan.



Berbekalkan semangat dari kemenangan itu, Shaifulhaq berharap dapat mewakili negara dalam kejohanan Sukan SEA di Hanoi nanti.



"Saya percaya dengan kebolehan saya dan saya sasarkan tidak kurang daripada pingat emas dalam kejohanan itu" kata Shaifulhaq yang pernah merangkul juara Mr Asia (75kg) di peringkat Asia di Pune, India, pada November 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >