SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bintang badminton China Lin Dan akui jalin hubungan sulit ketika isteri hamil

Bintang badminton China Lin Dan akui jalin hubungan sulit ketika isteri hamil

Nov 18, 2016 | 7:22 AM

Bintang badminton China Lin Dan akui jalin hubungan sulit ketika isteri hamil

Gambar mesra dan gif Lin Dan dan seorang wanita yang dikenali sebagai model dan pelakon Zhao Yaqi, disiarkan di Weibo pada Khamis (17 Nov). Foto: Weibo, AFP
Gambar mesra dan gif Lin Dan dan seorang wanita yang dikenali sebagai model dan pelakon Zhao Yaqi, disiarkan di Weibo pada Khamis (17 Nov). Foto: Weibo, AFP - GAMBAR WEIBO, AFP

BEIJING: Bintang badminton China, Lin Dan, mengejutkan peminatnya dengan mengakui menjalin hubungan sulit semasa isterinya hamil.

Gambar dan gif (format saling tukar grafik) mesra Lin dan seorang wanita disiarkan di laman blog mikro Weibo pada Khamis (Nov 17), menurut laporan. Satu gif menunjukkan mereka berpelukan dalam bilik hotel.

Gambar-gambar itu dipos oleh 'Detective Zhao', seorang penulis Weibo popular bagi gosip selebriti, yang mendakwa ia diambil pada Oktober.

Isteri Lin, bekas bintang badminton Xie Xingfang, melahirkan seorang bayi lelaki di Beijing pada November 5.

Lin, 33, dan Xie, 35, berkahwin pada 2012.

Wanita dalam gambar-gambar itu dikenal pasti sebagai Zhao Yaqi, seorang model dan pelakon.

Gambar-gambar itu dengan cepat menarik perhatian netizen China dan berpuluh-puluh ribu komen.

Lin segera memohon maaf di Weibo pada Khamis (17 Nov) dengan mesej ringkas dalam bahasa Cina: "Sebagai seorang lelaki, saya tidak memberi sembarang alasan bagi diri saya, tetapi perbuatan saya telah menyakiti keluarga saya, saya memohon maaf kepada mereka di sini."

Juara dunia lima kali itu, yang digelar Super Dan, memenangi dua pingat emas Olimpik tetapi meninggalkan Sukan Olimpik Rio 2016 dengan tangan kosong.

Dahulu pemain nombor satu dunia, beliau kini menduduki tempat ketiga selepas Lee Chong Wei dari Malaysia dan Chen Long, dari China.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg