KUALA LUMPUR: Wira badminton Malaysia, Lee Zii Jia, yang berada di tangga ketujuh dunia, pada Jumaat (21 Januari) dilarang menyertai sebarang perlawanan selama dua tahun sebagai hukuman mengundurkan diri daripada pasukan nasional untuk bergelar pemain bebas.
Lee disebut-sebut sebagai pewaris legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei, setelah namanya naik di senarai kedudukan dan pemarkahan badminton sedunia dengan memenangi perlawanan berprestij All England Terbuka tahun lalu.
Menyusuli beberapa kelakonan yang kurang menggalakkan pada beberapa bulan ini, termasuk di Olimpik, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendedahkan minggu ini bahawa Lee telah keluar daripada persatuan itu dan mahu bertanding sebagai pemain bebas.
Namun, persatuan ini enggan menyokong langkah tersebut dan sebaliknya mengenakan sekatan dua tahun buatnya agar tidak dapat menyertai perlawanan yang dikendalikan badan penguasa dunia badminton iaitu Persekutuan Badminton Sedunia (BWF).
BWF mengesahkan kebanyakan perlawanan dalam kalendar badminton manakala setiap persatuan badminton dalam sesebuah negara bertanggungjawab mendaftar pemainnya. Ini bermaksud badan Malaysia itu boleh secara berkesan menyekat Lee daripada bertanding.
BAM menjelaskan bahawa Lee, 23 tahun, menyatakan tekanan berada dalam pasukan nasional dan gaya hidup yang terkongkong di akademi badminton Malaysia merupakan sebab beliau berundur.
BAM berusaha memujuknya untuk terus bersama mereka dalam sesi sembang yang diadakan tetapi akhirnya mengambil keputusan mereka tidak dapat memenuhi permintaannya, yang antara lain termasuk meminta sepasukan jurulatih dan kakitangan sokongan sendiri.
"Tentunya kami rasa amat sedih dengan keputusan Lee," kata Timbalan Presiden BAM, Jahaberdeen Mohamed Yunoos kepada wartawan, sambil menambah ini boleh menjejas program latihan dan kewangan badan itu.
Namun, beliau menambah pemain itu boleh membuat rayuan untuk kembali lagi bersama BAM.
Lee, sebelum ini dilihat sebagai harapan terbaik Malaysia kerana memenangi satu-satunya pingat emas Olimpik buat Malaysia. Beliau bagaimanapun belum memberi ulasannya secara awam sejak berita beliau memutuskan hubungannya dengan BAM dilaporkan.
Pemain badminton 'Nombor 1' Dunia, Viktor Axelsen daripada Denmark pada awal minggu ini melahirkan sokongan bagi rancangan Lee untuk menjadi pemain badminton bebas dalam ciapan Twitternya yang berbunyi "Ini adalah kerjayanya dan kehidupannya walau apa-apa pun".
BWF pula tidak mengulas khusus mengenai kes Lee.
Namun, dalam satu kenyataan pada Khamis, Setiausaha Agung BWF, Thomas Lund, menjelaskan terdapat duluan pemain dan persatuan anggota sesebuah negara yang mencapai persetujuan di mana persatuan itu mengirimkan penyertaan perlawanan buat pemain bebas.
Badminton adalah salah satu sukan yang menempatkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa,
Pemenang pingat perak Olimpik sebanyak tiga kali, Datuk Lee Chong Wei, yang bersara pada 2019, merupakan salah seorang pemain terhebat generasinya. - AFP


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg