Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK SETEMPAT

Bintang bola sepak silam SG, M'sia beraksi

Sep 02, 2022 | 07:00 AM



PADANGNYA berbeza dan tidak ramai yang hadir melihat mereka beraksi, tetapi bintang bola sepak Singapura dan Malaysia dari era silam tetap turun padang untuk beraksi di Stadium Jalan Besar kelmarin.



Perlawanan itu diadakan sempena pelancaran buku 'Roar: Football Legends of Singapore'.



Buku itu yang ditulis oleh peminat bola sepak setempat, A. Thiyaga Raju merakamkan 100 tahun sejarah bola sepak di sini.



Raju, 61 tahun, berkata beliau melengkapkan buku itu selepas berusaha lebih lebih tahun.



Sebahagian besar buku itu ditulis selepas beliau meninggalkan pekerjaan sebagai juruanalisis kawalan penipuan di Standard Chartered Bank pada November 2017.



Beliau menjelaskan bahawa idea buku itu diilhamkan pada 1998 apabila beliau berbual-bula kosong di Padang dengan bekas pemain bola sepak Pulau Pinang, Isa Bakar dan N. Baskaran.



"Selepas saya meninggalkan Standard Chartered, Perpustakaan Negara menjadi rumah kedua saya," kata Raju, yang berkata beliau menghabiskan banyak masa di sana untuk menyelidik fakta yang boleh dijadikan bahan semasa menulis buku itu.



Raju, yang berkata beliau telah meminati bola sepak sepanjang hayatnya itu juga pernah menganjurkan majlis makan malam pada 2017, untuk menghargai sumbangan pasukan nasional yang memenangi Piala Malaysia pada 1977.



Menurut beliau, tujuannya adalah untuk menghidupkan semula cerita dan personaliti bola sepak setempat dari masa lalu yang mungkin tidak diketahui peminat bola sepak setempat generasi ini.



"Melihat senyuman di wajah mereka atau bagi pemain yang telah meninggal dunia, di wajah orang-orang yang mereka sayangi adalah amat berharga bagi saya," kata Raju.



Acara pelancara itu dihadiri pemain dari berbilang generasi, seperti kapten skuad 1977 Samad Allapitchay dan juga bintang bola sepak terbesar setempat Fandi Ahmad, yang kembali ke sini dari Pahang, di mana beliau berkhidmat sebagai penasihat teknikal dengan Sri Pahang, kelab Liga Super Malaysia.



Antara pemain lain yang hadir juga ialah bekas kapten, T. Pathmanathan, E. Manimohan dan Zulkarnaen Zainal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >