MANCHESTER: Pemain bola sepak Manchester City Benjamin Mendy telah dikenakan tiga tuduhan merogol.
Mendy, yang berusia 27 tahun, juga telah dikenakan tuduhan keempat iaitu menyerang seseorang secara seksual, kata Polis Cheshire.
Dalam laporannya, BBC berkata tuduhan itu melibatkan tiga orang berusia lebih 16 tahun dan Mendy disyaki menganiaya mereka antara Oktober 2020 dengan Ogos tahun ini.
Mendy, yang kini sedang ditahan reman, dijadual menghadap mahkamah hari ini.
Pemain bek kiri itu telah menyarung jersi City sejak 2017, menyertai kelab itu dari Monaco dengan harga £52 juta ($110 juta).
Seorang jurucakap polis berkata prosiding terhadap Mendy sedang berlangsung dan dia berhak mendapat perbicaraan yang adil.
City berkata Mendy, yang berasal dari Perancis, telah digantung sehingga siasatan berakhir.
"Perkara ini kini sedang dikenakan proses undang-undang dan kelab ini tidak dapat mengulas lebih lanjut sehingga proses tersebut lengkap," kata City. - Agensi berita.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg