Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bintang muda Borussia Dortmund tewaskan Lion City Sailors 7-2

Nov 24, 2022 | 10:58 PM



DUA gol setiap seorang sentuhan bakat muda Donyell Malen dan Samuel Samba membantu kelab Jerman, Borussia Dortmund menumpaskan Lion City Sailors 7-2 di Stadium Jalan Besar yang penuh pada Khamis (24 November).



Perlawanan persahabatan itu adalah sebahagian daripada jelajah kelab Jerman itu, yang kini menduduki tangga keenam dalam Bundesliga, di Asia Tenggara.



Malam ini, pasukan Dortmund, yang menurunkan bekas pemain Liverpool Emre Can dan pemain midfield Turki Salah Ozcan, rancak mengatur serangan sejak awal perlawanan dengan pasukan tuan rumah Sailors bergelut untuk keluar dari bahagian padang mereka.



Bintang Dortmund dan pasukan nasional Jerman, Mats Hummels dan Marco Reus tidak disenaraikan dalam skuad malam ini.



Bagaimanapun, benteng pertahanan Sailors hanya mampu bertahan selama lebih setengah jam.



Gol sendiri Amirul Adli memulakan pesta jaringan Dortmund pada minit ke-32.



Tiga minit kemudian, Malen, 23 tahun, meledakkan gol pertamanya dan penyerang Belanda itu menambah satu lagi jaringan sebelum waktu rehat.



Samba, 18 tahun, memporak-perandakan Sailors selepas dimasukkan pada babak kedua ketika menjaringkan dua gol dalam tempoh tujuh minit.



Bakat muda terus menyerlah dengan Julian Rijkhoff, 17 tahun, dan Justin Njinmah, 22 tahun, masing-masing menyumbat satu gol pada hujung perlawanan untuk menamatkan malam sempurna Dortmund di kota Singa.



Sailors tidak pulang dengan tangan kosong apabila dua gol saguhati hasil sumbangan Gabriel Quak pada minit ke-68 dan Faris Ramli dalam waktu tambahan membawa keceriaan kepada peminat tuan rumah.



Jelajah Dortmund di Asia Tenggara berterusan dengan mereka seterusnya membuat perjalanan ke seberang Tambak menentang Johor Darul Takzim Isnin depan, sebelum berdepan pasukan nasional Vietnam di Hanoi dua hari kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >