Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BINTANG TENIS REMAJA SENSASI

Kurang dikenali sebelum Terbuka AS... Raducanu kini jadi bintang pujaan

Sep 13, 2021 | 05:30 AM



NEW YORK:Nama beliau mungkin tidak begitu dikenali sebelum Terbuka Amerika Syarikat, tetapi kini ia menjadi sebutan selepas beliau beraksi cemerlang di gelanggang Flushing Meadows sepanjang minggu lalu sehingga bergelar juara semalam.



Emma Raducanu, 18 tahun, bukan sahaja pemain tenis pertama yang melangkah ke final Grand Slam selepas memulakan perlawanan dari pusingan kelayakan, malah yang pertama menjuarainya.



Lebih menakjubkan, beliau memenangi semua sembilan perlawanan dengan straight set.



Semalam, disaksikan ribuan penonton di gelanggang utama dan jutaan lain di televisyen, Raducanu meneruskan kecemerlangannya itu untuk menewaskan warga Canada Leylah Fernandes - juga seorang remaja berusia 19 tahun - 6-4, 6-3.



Perjalanan beliau di New York sehingga saat itu tidak kurang mengagumkan.



Pada Isnin lalu, beliau menewaskan warga Amerika Shelby Rogers dengan straight set 6-2, 6-1 untuk menempah tempat di suku akhir dengan Belinda Becic.



Serupa dengan Rogers, Becic - pemenang pingat emas di Olimpik Tokyo - tidak dapat membendung ketangkasan Raducanu dan tewas dengan straight set 3-6, 4-6.



Di separuh akhir Jumaat lalu, Raducanu sekali lagi beraksi cemerlang, menewaskan Maria Sakkari 6-1, 6-4.



Kini, Raducanu, yang hanya menduduki ranking ke-336 di dunia sebelum Wimbledon lalu, telah menjadi pemenang Grand Slam wanita paling muda sejak Maria Sharapova memenangi Wimbledon pada 2004 dan meloncat ke ranking ke-23 di dunia.



Beliau juga telah menambah pendapatannya dari tenis berlipat ganda.



Sebelum Terbuka AS, beliau telah meraih sekitar £300,000 ($550,000) dari beberapa pertandingan. Dengan memenangi Terbuka AS beliau menerima £1.8 juta.



Jumlah pengikutnya di Instagram juga telah bertambah seganda kepada sekitar sejuta.



Bersikap rendah hati selepas pencapaiannya itu, Raducanu berkata beliau bak tidak percaya apabila melihat nama dan wajahnya di papan iklan besar di gelanggang dan mendengar penonton meneriak namanya selepas perlawanan itu.



Beliau juga memberikan tanda penghargaan kepada lawannya.



"Beliau telah beraksi cemerlang dan saya berharap kami akan bertemu lagi dalam banyak lagi pertandingan, " kata Raducanu.



"Terima kasih kerana membuat saya berasa selesa di negara asing dan anda telah mendorong saya untuk mengatasi saat-saat sukar. Saya harap Leylah dan saya telah memberikan pertunjukan tenis yang baik."



Kemenangan itu disambut baik oleh atlet dari Britain, dulu dan sekarang.



Bekas juara Wimbledon Pat Cash berkata cara Raducanu memenangi pertandingan itu sukar dipercayai.



"Saya tiada perkataan untuk menggambarkan bagaimana beliau berbuat demikian. Cara beliau memukul bola hampir sempurna," ujar Cash.



Kapten Liverpool Jordan Henderson, menulis di Twitter, berkata:



"Menakjubkan Emma!"



LAHIRNYA SEORANG BINTANG



Dilahirkan di Canada kepada ibu bapanya Ian dari Romania dan Renee dari China, Raducanu mula bermain tenis tiga tahun selepas berpindah ke London, pada usia lima tahun.



Beliau menjadi profesional pada 2018, dan diundang menyertai pasukan Britain bagi Piala Federation pada 2020.



Beliau menerima wildcard - yang membenarkan beliau bertanding tanpa melayakkan diri - di Wimbledon, di mana beliau menunjukkan potensinya.



Beberapa minggu selepas kejohanan itu, beliau menerima keputusan GCE Peringkat A - gred A* bagi Matematik dan A bagi Ekonomi - sebelum berangkat ke Amerika bersama jurulatih baru Andrew Richardson.



Selepas itu beliau memulakan perjalanan ke Terbuka AS, dengan memnyertai beberapa kejohanan lebih kecl untuk menimba pengalaman.



Segala-galanya yang berlaku selepas itu adalah sejarah manis baginya.



"Saya tahu kini saya lebih yakin semasa melangkah ke gelanggang dan setiap kali saya berbuat demikian, saya pelajari suatu yang baru," kata Raducanu." - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >