Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Birtwistle 'amat bangga' jadi pemain EPL kelahiran SG

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



PEMAIN kelahiran Singapura pertama mengikat kontrak profesional bersama sebuah kelab Liga Perdana England (EPL), Harry Birtwistle, berkata beliau masih terbuka mewakili pasukan nasional Singapura, tetapi sekarang hanya mahu menumpukan perhatian pada tugasnya bersama kelab itu.



Jika beliau memilih mewakili Singapura di peringkat antarabangsa, Birtwistle, 17 tahun, perlu menyerah pasport Britainnya dan pulang ke Singapura untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS).



Bercakap kepada The Straits Times kelmarin, sejurus selepas beliau menandatangani kontrak bersama Wolverhampton Rovers, Birtwistle berkata: "Saya terbuka kepada apa-apa, tetapi buat masa ini saya ingin memberi semua tumpuan kepada kelab saya.



"Impian saya ialah menjadi pemain bola sepak EPL dan itulah tumpuan saya, 100 peratus kepada tugas mencapai impian itu. Pada masa depan... tiada orang tahu."



Dalam satu kenyataan media menyusuli itu, Birtwistle berkata: "Saya berasa amat bangga menjadi pemain bola sepak profesional EPL yang dilahirkan di Singapura. Saya berharap ini boleh menjadi inspirasi kepada orang lain yang masih ragu-ragu mengenai kebolehan diri sendiri."



Birtwistle, yang akan menyambut ulang tahun ke-18 tidak lama lagi, seorang pemain pertahanan yang bukan lasak sahaja, malah pantas dan boleh menggelecek bola. Beliau berpindah ke England dari Singapura pada 2017, selepas mendapat biasiswa Wolves, yang kini di tangga ke-11 EPL.



Meskipun masih remaja, Birtwistle diundang menjalani latihan bersama pasukan utama Wolves oleh pengurusnya Bruno Lage, sekali gus berpeluang berlatih bersama pemain profesional dan antarabangsa mapan.



Birtwistle telah banyak berkorban untuk mencapai impiannya. Sudah dua tahun beliau tidak pulang ke Singapura untuk bersama ibunya Rachel, seorang warga Singapura dan adik-beradiknya. Keluarganya tinggal di Adam Road.



"Saya meningkat dewasa di Singapura dan Singapura satu-satunya negara yang pernah saya diami sebelum ke England," kata Birtwistle, yang bersekolah di Sekolah Overseas Family dan Kolej Dulwich di sini, dan berkata beliau rindu makan roti perata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >