Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bohong! Mbappe nafi desas-desus mahu tinggalkan PSG

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



PARIS: Penyerang handalan Paris St-Germain (PSG), Kylian Mbappe, berkata yang beliau tidak pernah mahu meninggalkan kelab tersebut di balik laporan mengatakan beliau ingin beralih dari ibu kota Perancis pada Januari akan datang.



Pemain antarabangsa Perancis berusia 23 tahun itu telah pun menandatangani satu kontrak baru selama tiga tahun dengan kelab tersebut Mei lalu.



Mbappe, yang bersama Perancis semasa negara itu menjulang Piala Dunia 2018 sebelum ini hangat diperkatakan akan berpindah ke Real Madrid.



"Saya amat gembira," kata Mbappe yang membantu Neymar menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Marseille Ahad lalu.



"Saya belum pernah minta untuk berpindah pada Januari."



Banyak laporan yang sebelum ini melaporkan bahawa Mbappe ingin tinggalkan kelab tersebut sebelum Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan PSG menentang Benfica, dan Mbappe menjaringkan gol dalam keputusan seri 1-1.



"Saya tidak faham mengapa kisah ini dilaporkan semasa hari perlawanan. Saya sendiri terkejut seperti orang lain," dakwa Mbappe.



"Orang ramai fikir yang saya terlibat padahal saya langsung tidak tahu menahu," katanya lagi.



Terdapat beberapa sumber yang sebelum ini menyatakan tentang kisah mahu pindah itu - walaupun setelah menandatangani kontrak tiga tahun Mei lalu.



Malah Mbappe dilaporkan mendakwa yang beliau tidak gemari peranannya di Paris selaku penyerang musim ini, dengan berkata bahawa beliau bermain secara lebih bebas semasa bersama pasukan Perancis.



Dalam perlawanan Liga 1 Perancis, Mbappe bergabung dengan Neymar serta Lionel messi di jentera serangan PSG semasa menentang Marseille.



Dan dua kali percubannya digagalkan penjaga gawang pasukan pelawat, Pau Lopez, dalam separuh masa pertama.



"Beliau hasilkan banyak peluang. Ia merupakan peranan favorit beliau sepanjang masa.



"Cuma Mbappe kurang bernasib baik dan berhadapan pula dengan seorang penjaga gawang yang hebat," kata pengurus pasukan PSG, Christophe Galtier.



"Saya faham benar dengan Mbappe dan beliau ingin sekali dalam peranan favoritnya.



"Sebab itulah kami cuba pelbagai sistem tapi percayalah bahawa semuanya dalam keadaan baik di bilik persalinan.



"Saya mempunyai para pemain yang berjiwa besar tapi mereka tetap profesional," katanya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >