Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bojan Hodak dilantik pengurus JDT

Feb 26, 2014 | 04:45 PM



JOHOR BAHARU:Bekas jurulatih Kelantan, Bojan Hodak telah dilantik menjadi pengurus pasukan Johor Darul Takzim (JDT) I.


Persatuan bola sepak Johor (JFA) berkata bahawa jurulatih Sepanyol Cesar Ferrando Jiminez yang menyandang dwi-peranan sebelum ini - sebagai pengurus dan jurulatih pasukan akan kekal sebagai jurulatih JDTI.


Perlantikan Hodak yang memenangi treble - tiga kejuaraan Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA bersama Kelantan dalam 2012 itu adalah untuk membantu Jiminez mendapatkan maklumat tentang bola sepak Malaysia dan membantunya berkomunikasi dengan pemain kata JFA dalam satu kenyataannya semalam.


Pasukan JDTII yang bermain dalam Liga Perdana turut mendapat jurulatih baru. Radjko Magic, Nenad Bacina dan Antonia Sisic telah dilantik untuk membimbing pasukan.


Bekas ketua jurulatih, Azmi Mohammad kini menyandang tugas sebagai pembantu jurulatih.


Magic, 59 tahun pernah memimpin kelab Shandon Luneng dalam Liga Perdana China dan sebelum ini ialah pembantu pengurus di Dinamo Zagreb.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >