Bola baling SG azam bangkit berkalung pingat pada Sukan Sea Hanoi tahun ini
Pengguna Berdaftar
Bola baling SG azam bangkit berkalung pingat pada Sukan Sea Hanoi tahun ini
Jan 1, 2021 | 5:30 AM
AZAM PERBAIKI PERSEMBAHAN: Pemain wanita pasukan bola baling Singapura Ham Jia Yun dan kapten pasukan lelaki Teo Kee Chong beraksi di Dewan Sukan Hougang pada 19 Disember. - Foto BH oleh KEVIN LIM -
PASUKAN bola baling Singapura bertekad memperbaiki persembahan mereka di Sukan Sea di Vietnam tahun ini, dengan sukan itu disenaraikan sebagai antara 40 sukan temasya dwitahunan itu.
Di Sukan Sea 2019 di Filipina, Singapura dibelasah - tewas 2-0 dalam semua keempat-empat perlawanan pusingan kumpulan mereka - untuk menamatkan pertandingan bola baling pantai pertama Sukan SEA di kedudukan paling rendah.

