Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bola jaring: Walau gigih bertarung S'pura tewas kepada Fiji

Dec 7, 2022 | 5:30 AM
USAHA TIDAK CUKUP UNTUK MENANG: Penyerang Singapura, Amandeep Kaur Chahal (kiri), berjaya menjaringkan kesemua 11 percubaannya ketika menentang Fiji pada Piala Negara-Negara Isnin lalu di Arena OCBC. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR
USAHA TIDAK CUKUP UNTUK MENANG: Penyerang Singapura, Amandeep Kaur Chahal (kiri), berjaya menjaringkan kesemua 11 percubaannya ketika menentang Fiji pada Piala Negara-Negara Isnin lalu di Arena OCBC. - Foto BH oleh ARIFFIN JAMAR -

MEREKA melompat, menyerang dan bertarung tetapi Singapura tidak dapat bangkit semula pada Piala Negara-Negara, ditewaskan Fiji 60-53 pada Isnin lalu.

Singapura, tuan rumah dalam perlawanan itu, ketinggalan empat gol pada separuh masa dan berjaya mengikat kedudukan 44-44 menjelang suku akhir di Arena OCBC.

Tetapi tidak seperti perlawanan pembukaan menentang Ireland pada Ahad lalu, Singapura tidak dapat mengusahakan 'come back' atau bangkit semula menentang Fiji.

Jurulatih Singapura Annette Bishop mengakui bahawa pasukannya tidak cukup cepat menyesuaikan diri.

"Pada suku terakhir, kami mempunyai fasa permainan yang baik tetapi beberapa perkara telah berlaku dan kami berundur, jadi kami hanya perlu memastikan kami terus percaya," ujar Bishop.

Singapura, yang menduduki tangga ke-30 dalam ranking dunia, memulakan perlawanan dengan baik, berjaya mendahului awal tetapi kesilapan membolehkan Fiji bangkit dan menamatkan suku pertama dengan 15-11.

Kedua-dua pasukan mengekalkan intensiti pada suku kedua, ketika Fiji mengekalkan kedudukan 32-28 sebelum tuan rumah bangkit pada suku ketiga.

Ini memaksa Fiji melakukan beberapa kesilapan, manakala penyerang Singapura Amandeep Kaur Chahal, menjaringkan kesemua 11 percubaannya untuk menyamakan kedudukan.

Tetapi keletihan menyebabkan Singapura membuat beberapa hantaran tersasar, membolehkan Fiji meraih kemenangan pertamanya pada Piala Negara-Negara selepas ditewaskan Botswana, yang menduduki tangga ke-31 dalam ranking dunia, pada Ahad lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg