Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak Berjalan kian dapat sambutan

Aug 23, 2023 | 01:54 PM



Daripada hanya 10 anggota, inisiatif Bola Sepak Berjalan Demi Kesihatan yang dimulakan pada Mac 2021 kini mempunyai sekitar 50 pemain.

Mereka juga terdiri daripada para pemain yang menyertai sukan bola sepak biasa termasuk lelaki dan wanita.

Beza antara bola sepak biasa dengan bola sepak berjalan

Pertama, bola sepak berjalan tidak membenarkan kontak antara pemain.

Kedua, pemain bola sepak berjalan juga tidak dibenarkan berlari – dan satu tapak kaki perlu berada di lantai pada setiap masa.

Ketiga, pemain bola sepak berjalan juga tidak dibenarkan untuk menanduk bola.

Dan berbanding bola sepak biasa, jumlah pemain bola sepak berjalan dalam satu pasukan hanya seramai enam pemain.

Salah seorang pemain sukan itu, Encik Mohammed Hatta Abdul Kadir, 70 tahun, menganggap sukan tersebut unik.

“Sebenarnya, bola sepak berjalan berlangsung dengan rentak permainan yang pantas.Kerana pemainnya perlu berfikir dan bertindak secara cepat tanpa berlari,” kongsi beliau semasa dihubungi.

“Saya harap golongan yang seusia saya turut menyertai bola sepak berjalan. Bagi mereka yang pernah bermain bola apabila mereka muda, sukan ini akan membakar semula semangat mereka untuk bola sepak,” tambah beliau.

Encik Hatta mewakili Singapura ke Piala Negara Sedunia Bola Sepak Berjalan, yang berlangsung di England pada 24 hingga 26 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >