Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK DUNIA

Gaji sama rata antara pasukan bola sepak wanita, lelaki Amerika

May 20, 2022 | 07:56 AM



LONDON: Satu perjanjian gaji sama rata antara pasukan bola sepak lelaki dan wanita nasional Amerika Syarikat baru-baru ini dilihat sebagai permulaan baru yang boleh mempengaruhi gaji pemain bola sepak wanita di serata dunia.



Persatuan bola sepak Amerika, US Soccer, telah mengumumkan kededua pasukan itu akan mencampurkan hadiah wang di Piala Dunia, selain bahagian masing-masing dari pendapatan tajaan dan hak penyiaran televisyen.



Presiden US Soccer, Cindy Parlow Cone, berkata:



"Perjanjian ini telah mengubah sukan ini buat selama-lamanya di Amerika Syarikat.



"Malah ia berpotensi mengubah permainan ini di serata dunia."



Pada 2019, pemain bola sepak nasional wanita di Amerika membuat tuntutan mahkamah dan mendakwa mereka mangsa diskriminasi dan meminta penyelesaian yang diadili mahkamah.



Awal tahun ini, mahkamah menganugerahkan bayaran £17.7 juta ($30.4 juta) kepada pasukan wanita.



US Soccer berkata perjanjian baru itu adalah satu langkah genting yang memang diperlukan untuk mencari huraian berhubung kesaksamaan antara pasukan lelaki dengan wanita.



"Buat masa ini, kami menanti persetujuan muktamad bagi keputusan mahkamah itu, daripada semua pihak berkepentingan," katanya



Pemenang Piala Dunia dua kali dari Amerika, Alex Morgan, berkata perjanjian itu adalah satu saat mercu tanda dalam sejarah bola sepak di negara itu.



Sebelum ini, US Soccer berkata adalah sukar untuk memberikan hadiah wang yang sama kepada pasukan wanita dan lelaki kerana Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) memperuntuk jumlah wang yang berbeza kepada persekutuan bola sepak bagi menganjurkan pertandingan lelaki dan wanita.



"Kami berharap perjanjian ini, dan pencapaian bersejarah untuk memberikan bayaran saksama dan juga mempertingkat sekitaran latihan dan permainan bagi pemain pasukan nasional akan menjadi pangkalan untuk terus memperkembang bola sepak wanita di Amerika dan juga di serata dunia," kata Becky Sauerbrunn, kapten pasukan nasional.



Perjanjian itu yang berlangsung sehingga akhir 2028, turut menjamin pasukan wanita dibenar beraksi di tempat yang sama dengan pasukan lelaki, dibenarkan menginap di hotel yang sama dan diperuntuk penerbangan sama taraf apabila perlu pergi ke mana-mana.



Dalam pada itu, pasukan lelaki kini juga layak menerima manfaat penjagaan kanak-kanak, yang telah diperoleh pasukan wanita sejak lebih 25 tahun lalu. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >