Premium
Aston Villa kembali bersaing di Liga Perdana England
May 29, 2019 | 5:30 AM
NAIK LIGA: Pemain Aston Villa, Mile Jedinak (kiri) dan penolong pengurus, John Terry, menyambut kemenangan mereka dengan trofi selepas menang dalam playoff. - Foto REUTERS -
LONDON: Aston Villa kembali naik ke Liga Perdana England selepas tiga tahun, menyusuli kemenangan 2-1 dalam final penentuan di Stadium Wembley, kelmarin.
Gol-gol jaringan Anwar El Ghazi dan John McGinn meletakkan Villa di hadapan sebelum Martyn Waghorn menjaringkan gol saguhati buat Derby.

