Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

COVID-19 & SUKAN

Bola Sepak England ditunda hingga seawal 30 April

Mar 21, 2020 | 05:30 AM



ENGLAND: Perlawanan bola sepak di England akan ditangguhkan hingga sekurang-kurangnya 30 April disebabkan penularan wabak koronavirus yang berterusan.



Semua perlawanan dalam Liga Perdana England, EFL, Liga Super Wanita, Championship Wanita, dan semua perlawanan di Scotland, Wales dan Ireland Utara kini telah ditangguhkan.



Persatuan Bola Sepak (FA) juga telah bersetuju bahawa musim semasa mungkin akan "dilanjutkan buat jangka masa lama".



Di bawah undang-undang kini, musim itu sepatutnya dijadual berakhir 1 Jun.



Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan FA, Liga Perdana England dan EFL meluahkan "satu komitmen untuk mencari jalan untuk menyambung semula musim 2019-2020" dan menyelesaikan semua perlawanan domestik dan Eropah "secepat mungkin apabila keadaan menjadi selamat dan boleh melangsungkan perlawanan sedemikian".



Minggu lalu, naib pengerusi West Ham, Karren Brady berkata musim semasa ini perlu diisytiharkan batal dan tidak sah.



Pengerusi FA, Greg Clarke juga menyuarakan kebimbangannya bahawa ia mungkin mustahil bagi musim ini diselesaikan.



Namun, ketua eksekutif Brighton, Paul Barber memberitahu BBC bahawa ia mungkin "tidak adil" jika pendahulu liga Liverpool tidak diberikan kejuaraan, dan mencadangkan untuk meningkatkan jumlah pasukan liga kepada 22 pasukan bagi musim 2020-2021.



Fifa juga telah menubuhkan sebuah pasukan tindakan bagi menangani isu yang dihadapi bola sepak akibat pandemik ini.



Pasukan itu akan meneliti kalendar perlawanan antarabangsa, dan isu berkaitan kontrak pemain.



Kontrak pemain selalunya tamat pada 30 Jun tetapi kebanyakan liga, jika ia dimulakan semula, tampak mungkin akan berterusan melebihi tarikh itu.



Pemilik Forest Green Rovers, Dale Vince berkata menunda semua perlawanan profesional pada 13 Mac merupakan "satu kesilapan" sebab virus itu "belum lagi memberi kesan kepada negara" di tahap itu.



"Saya rasa membatalkan semua perlawanan hingga 3 April adalah satu kesilapan," kata Dale kepada BBC Sport.



"Saya rasa ia satu penilaian yang salah - hanya terdapat beberapa kes pengasingan diri dalam Liga Perdana England.



"Dalam tempoh tiga hingga empat minggu, kami mungkin telah menamatkan musim kami bermain pada Sabtu hingga Selasa.



"Daripada menutup liga, saya akan menggandakan jumlah perlawanan dalam jangka masa pendek dan berkata mari habiskan perlawanan musim ini secepat mungkin sebab virus dan kadar jangkitannya di seluruh negara tidak akan pulih dalam dua, tiga atau empat bulan," tambahnya.



Forest Green kini menduduki tangga ke-11 Liga Dua dan sembilan mata daripada menempah tempat dalam perlawanan penentuan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >