Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Pandu laju, pandu semasa mabuk: Kapten Villa mengaku salah

Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Pandu laju, pandu semasa mabuk: Kapten Villa mengaku salah

Nov 26, 2020 | 05:30 AM

LONDON: Pemain midfield Aston Villa dan England Jack Grealish bau "minuman keras yang memabukkan" dan menghamburkan kata-kata yang tidak jelas setelah keretanya berjenama Range Rover melanggar kereta lain semasa perintah kawalan koronavirus awal tahun ini, kata mahkamah kelmarin.

Grealish mengaku bersalah atas dua tuduhan, termasuk kejadian keretanya melanggar dua kenderaan yang tidak bergerak pada lewat Mac lalu, hanya beberapa hari selepas sekatan seluruh negara berkuatkuasa.

Kapten Villa itu, yang tampil lima kali bagi England, tidak hadir di mahkamah di Birmingham tetapi menyertakan rayuan menerusi peguamnya, mengaku memandu tanpa cermat.

Pemain sayap berusia 25 tahun itu terlibat dalam kemalangan kurang 24 jam selepas poskan mesej video di Twitter menggesa orang ramai supaya duduk di rumah bagi menyelamatkan nyawa dan melindungi Perkhidmatan Kesihatan Nasional.

Grealish juga mengaku bersalah atas tuduhan kedua memandu secara cuai pada Oktober.

Kereta pemain itu didapati mencatat kelajuan sehingga 158 kilometer sejam oleh pihak polis.

Pendakwa Tinofara Nyatanga memberitahu mahkamah bahawa kejadian pertama berlaku di jalan raya kawasan kediaman pada 29 Mac.

Beliau menyampaikan catatan yang diberikan seorang pegawai keselamatan, yang menjadi saksi ketika kereta Grealish melanggar kenderaan lain dan tembok.

Cik Nyatanga, yang menyebutkan pandangan pegawai itu mengenai Grealish, berkata: "Dia (pegawai keselamatan) boleh bau minuman keras yang memabukkan pada bau mulutnya.

"Pertuturannya tidak jelas dan dia tidak mantap ketika berdiri."

Semasa perbicaraan, hakim daerah John Bristow menekankan bahawa kesalahan itu berlaku pada perintah kawalan Covid-19 negara yang pertama ketika Grealish "tidak sepatutnya memandu".

Grealish meminta maaf beberapa jam susulan kejadian, mengatakan dalam satu mesej video bahawa beliau "sangat malu" dan telah "tanpa befikir bersetuju" pergi ke rumah seorang teman.

Hakim berkata Grealish sudah dikenakan enam mata penalti pada lesen memandunya bagi kesalahan memandu laju di lebuh raya pada 2018 dan mungkin berisiko dikenakan larangan memandu.

Hukuman akan dijatuhkan pada 15 Disember, dengan Grealish dijangka hadir di mahkamah. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3