Premium
Rashford tersentuh dengan korban perkauman di AS
Jun 3, 2020 | 5:30 AM
INGIN JAWAPAN: Penyerang Manchester United Marcus Rashford meminta orang ramai untuk tampil bersama, bekerjasama dan bersatu dalam isu kematian George Floyd. - Foto fail -
LONDON: Penyerang Manchester United Marcus Rashford berkata "orang ramai sedang disakiti dan orang ramai perlukan jawapan" selepas kematian George Floyd, lelaki kulit hitam Amerika Syarikat yang meninggal dunia di Minneapolis setelah seorang polis berkulit putih melutut di lehernya.
Kematian Floyd pada 25 Mei telah menimbukan ketegangan dan penguatkuasaan perintah berkurung di beberapa bandar di seluruh Amerika Syarikat sementara di London pada Ahad lalu, berlaku tunjuk perasaan bagi menyokong gerakan #BlackLivesMatter.

