Premium
Selamat tinggal Wenger
Pengurus Arsenal yang bakal berundur pada hujung musim ini belum putuskan langkah selanjutnya
May 1, 2018 | 5:30 AM
GIGIT JARI: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger (kanan), meninggalkan padang pada akhir perlawanan Liga Perdana England di Old Trafford antara pasukannya dengan Manchester United yang berakhir dengan kekalahan anak buahnya 1-2. - Foto AFP -
MANCHESTER: Pengurus Arsenal yang akan mengundurkan diri pada penghujung musim ini, Arsene Wenger, mengaku bahawa beliau akan "terkejut" jika terus bertugas dalam Liga Perdana musim depan sekalipun belum lagi memutuskan langkah selanjutnya apabila meninggalkan kelab London itu nanti.
Wenger akan mengucapkan selamat tinggal kepada Arsenal pada penghujung musim ini - selepas bertugas hampir 22 tahun yang turut menjadikannya antara pengurus paling berjaya dalam sejarah bola sepak di England termasuk memimpin pasukan yang mendapat gelaran 'Invincible' selepas menjuarai Liga Perdana pada 2004 dengan rekod cemerlang tanpa kekalahan sekali pun sepanjang musim.

