Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ENGLAND

Vieira siap tampil gaya sendiri sebagai pengurus Crystal Palace

Jul 26, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Dalam ayat-ayat pembukaan 'When Eagles Dare', satu dokumentari menarik mengenai kelab bola sepak Crystal Palace, pengerusi Steve Parish mencerminkan perjuangan kelab yang disokongnya sejak kecil dalam memantapkan kelab itu dalam Liga Perdana England (EPL).



"Pada awal 1990-an," katanya, "sekiranya anda pergi ke Selhurst Park dan Highbury, anda tidak akan mempunyai pengalaman berbeza. Kami berada di suasana yang sama. Tetapi kami tidak pernah memahaminya pada masa itu."



Perbandingan antara kelab Palace dengan Arsenal mungkin agak sedikit berlebihan memandangkan sejarah berbeza dua kelab London itu. Namun, perbandingannya pada musim ini seperti tidak dapat dielakkan.



Patrick Vieira tersenarai di tempat keempat dalam senarai pemain terhebat Arsenal di laman web Gunners sendiri. Tetapi sekarang beliau adalah pesaing.



Setelah bertugas dengan pasukan pembangunan Manchester City, New York City, di Major League Soccer dan kemudian kelab Nice di Perancis, pemain berusia 45 tahun itu telah kembali ke Liga Perdana sebagai pengurus baru Palace.



Dalam perlawanan pertamanya baru-baru ini, yang berakhir dengan kemenangan 1-0 di Walsall, Wilfried Zaha menjaringkan satu-satunya gol.



Vieira kelihatan fokus dan profesional sepanjang masa, tetapi sempat juga meluangkan masa berfoto dengan pekerja kelab dan memberi beberapa tanda tangan. Beliau mengekalkan sikap relaks buat sebahagian besar babak pertama.



Selepas permainan berlangsung selama 33 minit barulah beliau meninggalkan tempat duduknya untuk berbicara dengan Zaha, yang menunjukkan bahawa beliau menggunakan separuh masa pertama itu untuk menilai kekuatan pasukan utamanya.



Selepas separuh masa pertama, apabila seluruh pasukan Palace ditukar dan diberi penampilan pemain jauh lebih muda, Vieira kelihatan lebih aktif.



Penyerang Jesurun Rak-Sakyi, 18 tahun, diberi banyak perhatian. Itu mungkin kerana bekas pemain akademi Chelsea itu paling dekat dengan Vieira.



Tetapi pengurus dan pemain lain juga bercakap lagi semasa rehat untuk minum, dan perbualan mereka kelihatan lebih kepada memberi tunjuk ajar daripada memberi arahan kepada pemain pertahanannya.



Ini juga menguatkan anggapan bahawa Vieira paling gembira ketika bekerja dengan pemain lebih muda.



Memandangkan senarai pemain 'hampir kosong' yang dimilikinya ekoran 10 pemain Palace mencapai akhir kontrak mereka musim lalu, sama dengan bekas pengurus Roy Hodgson, ini mungkin memihak kepada Vieira.



Daripada skuad yang terlibat dalam permainan pertama Hodgson menentang Southampton pada September 2017, lima bermain dalam perlawanan Walsall itu.



Tiga lagi - Scott Dann, Andros Townsend dan Patrick van Aanholt - hanya meninggalkan kelab itu apabila kontrak mereka tamat bulan lalu.



Vieira perlu berhati-hati dengan sebilangan kecil pemain mapan yang dimilikinya.



Nathaniel Clyne bermain di Walsall walaupun secara teknikalnya beliau sudah tamat kontrak, tetapi ketibaan pemain baru pertama Palace pada musim panas ini, pemain sayap berusia 19 tahun, Michael Olise, bernilai 8 juta pound dari Reading, sangat sesuai dengan templat pemain yang diinginkan pengurus dari Perancis itu.



Adalah jelas Vieira mahu pasukannya menguasai bola dan permainan, tetapi juga menggerakkan bola dengan cepat.



Sesekali, beliau akan merubah dari posisi biasanya, bersandar ke depan, siku di lutut, jari ke bibir, mengkaji keadaan.



Beliau akan menunjukkan sesuatu kepada pelatih yang dipercayai, Kristian Wilson, yang telah bersama Vieira pada setiap langkah perjalanannya, mulai dari Manchester City.



"Ada penekanan besar pada kami untuk menguasai bola dan mencipta lebih banyak peluang dengan pemain yang kami miliki di bahagian serangan," kata pemain pertahanan Martin Kelly.



"Bagi kami, ini adalah mengenai bekerja sebagai satu pasukan untuk memberi bola kepada mereka - 'pemain bahaya' kami."



Bukan satu kejutan apabila Zaha menjadi pemenang perlawanan.



Pusingan 180 darjahnya di kawasan Walsall diikuti dengan larian laju ke tepi kotak penalti, silang penghantaran dengan penyerang muda, Rob Street, dan kemudian tendakan masuk ke gawang oleh Zaha.



Sekali lagi pada musim panas ini, timbul spekulasi sekitar Zaha.



Sekali lagi, pertanyaan sama akan diajukan: adakah pihak yang bersedia memenuhi penilaian pemindahan yang diinginkan oleh Palace bagi seorang pemain berusia 28 tahun yang masih mempunyai dua tahun lagi dengan kontrak lumayan?



Seperti yang berlaku semasa jendela perpindahan lalu, hanya kerana Zaha ingin menguji dirinya pada tahap lebih tinggi lagi - setelah bermain secara singkat di Manchester United - tidak secara automatik ia akan berlaku.



Membandingkan kelab Palace dengan bekas kelab Vieira, Arsenal, Eagles bersama bekas kelab Vieira, mungkin satu perbandingan agak berlebihan, tetapi agak yakin untuk menyatakan bekas pemain tengah ikonik itu akan berani melakukan sesuatu yang baik. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >