Premium
Bintang Ajax bakal pemain baru Man U
Sep 1, 2020 | 5:30 AM
ANTARA PEMAIN MUDA TERBAIK DUNIA: Donny Van de Beek (kiri) adalah antara pemain muda terbaik dunia dan merupakan anggota penting pasukan Ajax yang berjaya ke perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu. - Foto AFP -
MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer, kian hampir menandatangani pemain baru pertamanya bagi musim 2020/2021 yang akan membuka tirainya hujung minggu ini, meskipun pasukan 'Red Devils' itu hanya akan memulakan kempen mereka pada pertengahan bulan ini.
United dikatakan sudah mencapai persetujuan dengan kelab Belanda, Ajax Amsterdam, bagi mendapatkan khidmat pemain midfield muda berbakat, Donny Van de Beek, dengan yuran pemindahan £40 juta ($72.5 juta).

