Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK EROPAH

8 buru cabaran baru?

Dengan liga-liga domestik utama Eropah sudah pun melabuhkan tirainya, kini masanya pula bagi berita pemindahan pemain hangat dilaporkan. Ada sebahagiannya yang tepat, namun tidak kurang juga yang 'tersasar' atau sekadar diada-adakan untuk merancakkan permintaan bagi seseorang pemain, sekali gus meningkatkan nilainya di pasaran bola sepak global. Di tengah-tengah berita yang dilaporkan daripada pelbagai sumber, BERITA HARIAN (BH) mengetengahkan lapan pemain yang besar kemungkinan akan berpindah kelab.
May 30, 2022 | 05:30 AM



RAPHINHA (Leeds United)



PEMAIN penyerang asal Brazil, Raphinha, telah memberitahu Leeds United bahawa beliau mahu meninggalkan kelab tersebut untuk menyertai Barcelona. Ini meskipun Leeds telah menolak tawaran awal Barca bernilai £30 juta bagi pemain berusia 25 tahun itu, yang cemerlang beroperasi di bahagian sayap.



Meskipun Leeds berjaya kekal dalam Liga Perdana England menyusuli kemenangannya ke atas Brentford dalam perlawanan terakhir musim ini, kelab England itu pasti sukar untuk mengekalkan khidmat pemain tersebut. - Foto REUTERS



MAX AARONS (Norwich City)



MANCHESTER UNITED sedang dalam pasaran mencari pemain untuk bek kanan yang baru setelah persembahan hambar Aaron Wan Bissaka, dan ketidak pastian ke atas kualiti, Diago Dalot. Legenda United, Rio Ferdinand, baru-baru berkata bahawa United harus mendapatkan khidmat Max Aarons. Pemindahan ini besar kemungkinan berlaku dengan Norwich City kini diturunkan ke Liga Championship setelah mengakhiri musim sebagai pasukan corot Liga Perdana England.



Dalam pasukan yang lemah, Aarons menyerlah dengan keupayaannya bukan hanya dalam aspek pertahanan tetapi juga keupayaannya untuk menyerang.



"Beliau seorang pemain yang mempunyai kecekapan teknikal yang baik. United memerlukan pemain-pemain yang boleh bermain dengan selesa apabila bola di kaki mereka. Buat masa ini, bek kanan yang mereka miliki tidak mempunyai kebolehan tersebut," ujar Ferdinand. - Foto AFP



DEAN HENDERSON (Manchester United)



PENJAGA gawang Manchester United ini jadi sasaran Newcastle United, yang baru menerima suntikan pelaburan besar daripada pemilik baru mereka, sebuah konsortium Arab Saudi.



Nama Henderson mula naik beberapa musim lalu sebagai penjaga gawang England berpotensi menyusuli dua musim hebat bersama Sheffield United, di mana beliau dipinjamkan dari Manchester United. Namun, setelah kembali ke kelab asalnya itu, Henderson gagal memenangi tempat dalam kesebelasan utama.



Malangnya bagi penjaga gawang berusia 25 tahun itu, dalam pasukan United yang mengecewakan musim lalu, penjaga gawang nombor 1, David De Gea, merupakan satu-satunya pemain yang menyerlah, sekali gus memaksa Henderson berpuas hati dengan hanya tiga penampilan sepanjang musim. - Foto AFP



KALVIN PHILLIPS (Leeds United)



PEMAIN midfield ini dikatakan menjadi sasaran Manchester United, namun besar kemungkinan beliau akan berpindah ke Manchester, tetapi ke juara Manchester City. Pep Guardiola dikatakan telah meletakkan Kalvin Phillips sebagai sasaran utamanya, setelah mendapatkan tandatangan penyerang muda, Erling Haaland.



Phillips pastinya akan menjadikan mana-mana kelab yang disertainya lebih kukuh dengan keupayaannya menguasai 'midfield'.



Beliau bukan hanya pemain yang boleh mengawal rentak permainan, malah mampu mematahkan serangan pasukan lawan, dan juga sebagai tenaga kreatif. - Foto REUTERS



RAHEEM STERLING (Manchester City)



SETELAH gagal mendapatkan khidmat Kylan Mbappe, Real Madrid kini mengalihkan tumpuan mereka kepada pemain penyerang juara England, Manchester City, Raheem Sterling.



Ini bukan kali pertama Sterling dikaitkan dengan kelab baru namun sebelum ini, pengurusnya, Pep Guadiola, kerap menegaskan pemain itu tidak akan meninggalkan kelab England itu.



Namun, kali ini, Pep telah memberi gambaran bahawa Sterling telah berkhidmat dengan setia dan beliau berhak membuat penilaian mengenai masa depannya sendiri - seolah-olah memberi peluang dan merintis jalan bagi pemain itu berpindah kelab. - Foto AFP



JULES KOUNDE (Sevilla) dan JOSKO GVARDIOL (RB Leipzig)



PEMAIN pertahanan Sevilla dan Perancis, Jules Kounde, 23 tahun (kanan), dan pemain pertahanan RB Leipzig dan Croatia, Josko Gvardiol, 20 tahun (kiri), telah dikenalpasti pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, sebagai antara lapan pemain dalam senarai pemain yang diburunya.



Nasib Chelsea sebelum ini belum pasti dek sekatan pembelian pemain baru yang dikenakan pemerintah Britain. Sekatan itu berikutan pemilikan Chelsea, yang dimiliki oleh hartawan Russia, Roman Abrakovich, yang mempunyai kaitan rapat dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.



Namun, dengan pembelian Chelsea oleh konsortium Amerika Syarikat diluluskan Liga Perdana England baru-baru ini, pengurus Chelsea itu boleh meningkatkan usaha mendapatkan pemain baru. - Foto-foto AFP



FRENKIE DE JONG (Barcelona)



DI TENGAH-TENGAH khabar angin bahawa beliau akan berpindah ke Manchester United, Frenkie de Jong, baru-baru menekankan komitmennya kepada Barcelona. Namun, dengan Barca perlu menjual pemain sebelum mendapatkan pemain baru - dek masalah kewangan yang dihadapinya sekarang - kemungkinan beliau berganding semula dengan pengurus United, Erik Ten Hag, yang bersamanya semasa di Ajax, adalah agak besar.



De Jong juga berupaya menjadi suntikan kesegaran yang diperlukan United, dan keupayaannya mengawal rentak permainan di bahagian 'midfield' juga adalah sesuatu yang amat diperlukan United dengan bahagian 'midfield' telah dikenalpasti sebagai bahagian yang perlu diperkukuhkan. - Foto AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >