Premium
Ronaldo sambung kontrak Real
Nov 9, 2016 | 5:30 AM

SAMBUNG KONTRAK LIMA TAHUN: Ronaldo (tengah) bersama presiden Real Madrid, Florentino Perez (kiri), dan ibu Ronaldo, Cik Maria Dolores dos Santos Aveiro, selepas menandatangani kontrak lima tahun baru dengan Real Madrid di stadium Santiago Bernabeu, Madrid, kelmarin. - Foto AFP -
MADRID: Cristiano Ronaldo memberikan isyarat mengenai hasratnya untuk terus bermain selama 10 tahun lagi selepas menandatangani kontrak lima tahun yang baru dengan Real Madrid kelmarin.
Kontrak tersebut, yang dijangka melindungi status Ronaldo sebagai pemain bola yang mendapat bayaran termahal, akan mengikat kapten Portugal itu dengan kelab juara Eropah tersebut sehingga beliau berusia 36 tahun.

