Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Piala AFF Suzuki

Bola sepak: Faris Ramli kembali berlatih, dijangka beraksi menentang Timor-Leste

Nov 18, 2018 | 01:10 PM



 





Fandi Ahmad mungkin menghela nafas lega selepas sesi latihan pada Sabtu (17 Nov).



Walau akur kecewa selepas kehilangan penyerang veteran Shahril Ishak, Fandi,  jurulatih sementara pasukan bola sepak nasional, boleh bergantung pada Faris Ramli yang kembali ke padang latihan sejak kelmarin.



Penyerang genit yang ligat menggelecek bola itu mengalami kecederaan peha semasa beraksi dalam perlawanan menentang Filipina minggu lalu, tetapi dijangka boleh beraksi apabila Singapura bertemu Timor-Leste pada Rabu (21 November) ini.



Bercakap kepada Fox Sports: Fandi berkata:



“Faris mempunyai kecederaan ringan di bahagian peha… tapi tanda-tanda awal adalah menggalakkan (beliau akan pulih bagi perlawanan Timor-Leste). Saya merehatkannya pada latihan hari ini (Sabtu), tetapi kami juga sedang mempersiapkan beberapa pemain lain, jika beliau tidak dapat beraksi Rabu nanti.”



Dalam pada itu, Fandi turut mengesahkan bahawa Shahril tidak lagi akan beraksi di Piala AFF Suzuki selepas menjalani pembedahan bagi merawat bahu kanannya yang terkehel.



Singapura, yang kini menduduki tangga ketiga di Kumpulan B, tidak mampu mencicir mata semasa bertemu Timor-Leste.



Ia ketinggalan tiga mata di belakang Thailand dan Filipina, yang masing-masing mempunyai rekod perbezaan gol yang lebih baik daripada Singapura. Dua pasukan paling atas mara ke separuh akhir.



Pada 25 November, Singapura akan bertandang ke Stadium Rajamangala di Bangkok bagi bertemu juara bertahan Thailand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >