Iqbal tarik minat kelab Liga Super India

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Iqbal tarik minat kelab Liga Super India

Apr 4, 2021 | 5:30 AM

Iqbal tarik minat kelab Liga Super India

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
IQBAL HUSSAIN - Foto CHENNAI CITY
IQBAL HUSSAIN - Foto CHENNAI CITY -

BEBERAPA kelab Liga Super India (ISL) - liga terunggul di negara itu - dilaporkan telah menawarkan kontrak kepada pemain nasional Iqbal Hussain selepas beliau beraksi cemerlang dalam musim pertama sebagai pemain profesional di negara itu.

Iqbal, 27 tahun, yang menyarung jersi Chennai City sejak Disember 2020, kini kembali ke Singapura selepas beraksi dalam 10 perlawanan bagi kelab tersebut.

Namun kesannya kepada kelab adalah terserlah.

Dalam tempoh itu, Iqbal telah menjaringkan tiga gol dan mencipta lagi dua gol dalam tiga perlawanan terakhir untuk membantu kelab itu mengelak tersingkir ke divisyen lebih rendah.

Malah, sebuah artikel di laman web I-League pada bulan lalu menggelarnya sebagai antara pemain terbaik dalam liga berdasarkan statisik di mana beliau telah membuat paling banyak hantaran penting dan bilangan hantara ketiga paling banyak ke dalam kawasan penalti.

Bercakap kepada The New Paper baru-baru ini, Iqbal berkata beliau telah mendapat beberapa tawaran daripada kelab-kelab dari ISL, iaitu divisyen bola sepak yang teratas di India.

Jurulatihnya di Chennai City, Satyasagara, berkata beliau percaya Iqbal yang kali terakhir mewakili pasukan nasional pada 2019, boleh bersaing dengan mudah di ISL.

Menurut Satyasagara, yang juga warga Singapura, penolong jurulatih bagi pasukan bola sepak India Shanmugam Venkatesh bertanya sama ada Iqbal layak mewakili India di peringkat antarabangsa.

Iqbal layak mewakili negara itu kerana arwah datuknya dilahirkan di Tamil Nadu, dengan syarat beliau tidak mewakili Singapura bagi lebih tiga perlawanan peringkat A.

Namun, Iqbal telah menyarung jersi nasional tujuh kali, yang bermakna beliau tidak layak mewakili India.

Walaupun demikian, Iqbal berkata:

"Adalah satu perasaan yang baik untuk mengetahui sebuah negara lain melihat sesuatu dalam diri saya..."

Berhubung rancangannya bagi masa depan, Iqbal, yang kini sedang menjalani kuarantin di Swissotel The Stamford, berkata beliau berharap dapat terus beraksi di India, sama ada dengan Chennai City dalam I-League atau dengan kelab lain di ISL.

Buat masa ini, beliau sedang meneroka peluang meneruskan latihan dengan beberapa kelab Liga Perdana Singapura (SPL) untuk mengekalkan tahap kecergasannya.

JADI JURULATIH?

Bakat Iqbal dalam bola sepak kini mungkin lebih dikenali.

Namun, Iqbal rupa-rupanya juga berbakat memberi motivasi kepada pemain lain, bak jurulatih.

Satyasagara,yang pernah menjadi jurulatih Iqbal di Akademi Bola Sepak Nasional (NFA) semasa pemain itu berusia 15 tahun, dan juga semasa Iqbal mewakili Gombak United dan Hougang United, berkata beliau pada satu ketika terpaksa bergantung pada Iqbal untuk menjadi penolong jurulatihnya dalam perlawanan pembuka tirai dengan juara I-League Gokulam Kerala.

Hanya beberapa jam sebelum perlawanan tersebut, Satyasagara, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Balagumaran, diberitahu beliau tidak boleh berada bersama pasukan di tepi padang kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan akibat kesalahan dari musim yang sebelumnya.

Dengan penolong jurulatih lain sedang menjalani kuarantin dan pasukan Chennai City dibentuk kebanyakan pemain kurang berpengalaman, Satyasagara tiada pilihan lain tetapi meminta Iqbal bertindak sebagai jurulatih sementara.

Mengimbas kembali pengalaman itu, Iqbal berkata ia adalah kali pertama beliau beraksi tanpa ada sebarang jurulatih di tepi padang.

Justeru, beliau terpaksa memimpin pasukan semasa sesi menghangatkan badan, prosedur mempersiapkan diri bagi perlawanan lain dan memberi motivasi kepada rakan sepasukan.

Akhirnya, Chennai bangkit daripiada ketinggalan satu gol untuk memenangi perlawanan 2-1.

Ia adalah antara kenangan paling manis bagi Iqbal di India.

"Kami tidak berhenti berjuang... semasa waktu rehat apabila keputusan masih 1-1, saya memberitahu rakan sepasukan bahawa kita boleh menarik perhatian dalam liga jika kita boleh memenangi perlawanan tanpa sebarang jurulatih."

IQBAL TINGGALKAN KESAN

IQBAL, yang menyarung jersi Chennai City sejak Disember 2020, kini kembali ke Singapura selepas beraksi dalam 10 perlawanan bagi kelab tersebut.

Dalam tempoh itu, Iqbal telah menjaringkan tiga gol dan mencipta lagi dua gol dalam tiga perlawanan terakhir untuk membantu kelab itu mengelak tersingkir ke divisyen lebih rendah.

Sebuah artikel bulan lalu menggelarnya sebagai antara pemain terbaik dalam liga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg