Premium
Pemain Juventus diuji positif koronavirus
Mar 13, 2020 | 5:30 AM
DIUJI POSITIF: Rugani menjadi pemain pertama Serie A diuji positif dan Juventus kini sedang mengambil langkah berjaga-berjaga dengan mengarah pemain untuk dikuarantinkan selama dua minggu. - Foto REUTERS -
MILAN: Pemain pertahanan Juventus dan Italy, Daniele Rugani diuji positif koronavirus, umum juara Serie A itu semalam.
Dalam satu kenyataan, kelab itu berkata pemain berusia 26 tahun itu, yang beraksi dalam perlawanan menentang Brescia dan SPAL pada bulan lalu dan merupakan pemain simpanan untuk perlawanan terakhir mereka menentang Inter Milan Ahad lalu, sebelum ini tidak menunjukkan sebarang simptom virus itu.

