Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

BOLA SEPAK ITALY

Pogba lebih serasi beraksi di Juventus?

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



"BELIAU seorang remaja berusia 22 tahun. Beliau tidak boleh berlagak seperti remaja berusia 30 tahun. Tiada siapa yang memintanya menjaringkan tiga gol setiap perlawanan dan memenanginya seorang diri. Saya hanya memintanya bermain seperti Pogba, seperti seorang remaja lelaki berumur 22 tahun," kata pengurus Juventus, Massimiliano Allegri.



Anda boleh tahu bahawa pengurus itu sedang marah. Juventus telah mara ke final Liga Juara-Juara hanya tiga bulan sebelum ini tetapi tewas dalam dua perlawanan pembukaan musim Serie A 2015-16 hingga mencetuskan banyak perdebatan.



Paul Pogba baru sahaja diberikan jersi nombor 10 yang ikonik yang pernah dipakai oleh bintang seperti Roberto Baggio, Michel Platini dan Alessandro Del Piero.



Apa syarat untuk memakai jersi ajaib itu?



"Menjadi fenomena," kata presiden kelab Andrea Agnelli.



Sejak menyertai Juventus dari Manchester United ketika berusia 19 tahun pada 2012, pemain Perancis itu telah membantu kelab Italy itu meraih tiga kejuaraan Serie A.



Tetapi Pogba, yang baru pulang ke Juventus selepas enam tahun di Old Trafford, terjejas dengan bebanan berat jersi nombor 10 itu.



Mentalitinya dipersoalkan, perdebatan semakin meningkat mengenainya dan Juve cuba mempertahankannya.



Rakan sepasukan Pogba menganggapnya cemerlang, Allegri pula mengingatkan kepada sesiapa yang ingin dengar bahawa Pogba hanyalah seorang budak yang dibebankan dengan jangkaan yang tidak masuk akal.



Tidak pasti apa sebenarnya - sama ada jersi itu atau status baru Pogba sebagai bintang yang menyekat kecemerlangannya pada permulaan musim - tetapi apa yang boleh dibuktikan ialah kelab itu bersatu dengannya.



Dari segi sejarah, Juventus terkenal dengan profesionalisme dan sika tegar. Mereka jarang menghiburkan dengan bola sepak dan hanya mencari kemenangan.



Bekas penyerang Italy, Antonio Cassano, berkata: "Saya menolak tiga kali ke sana - mereka hanya mahukan askar, orang yang hanya berjalan terus ikut arahan mereka. Kadang-kadang saya perlu pergi ke kanan, ke kiri, di mana saya suka".



Jika itu benar, bayangkan betapa percayanya mereka terhadap Pogba untuk diberi kebebasan taktikal.



Orang-orang di sekelilingnya berusaha untuk membebaskan pemain itu dan beliau jarang mengecewakan.



"Anda bukan bintang hanya kerana anda berkata begitu. Anda menjadi bintang kerana orang lain menjadikan anda bintang. Itulah yang saya pelajari dari masa saya di Juventus," jelas Pogba.



Di bawah Allegri, Pogba akhirnya mempamerkan prestasi terbaiknya dari segi statistik, teknikal dan taktikal pada tahun itu untuk membantu Juventus menjulang satu lagi kejuaraan liga sebelum mencipta perpindahan rekod dunia £89 juta ($148.82 juta) kembali ke Manchester United.



Beliau kembali ke England dengan penuh kemeriahan dan kerana wang. Beliau diminta kurang menonjolkan diri dan beraksi dalam sistem yang mempunyai sedikit ruang untuk paparkan kebolehanmya.



Apabila beliau tidak menghasilkan prestasi baik, beliau dikritik kerana tidak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bola sepak - seolah-olah itu sahaja yang telah dan akan dilakukan oleh beliau.



Dilabelkan begitu adalah sesuatu yang amat dibenci oleh Pogba.



Di Turin, Sky Italia menggelar Pogba sebagai pemimpin kerana beliau seorang penghibur, mempunyai perwatakan luar biasa.



Perwatakannya yang disayangi membuat orang lain mendengar cakapnya di bilik persalinan.



Kegembiraan yang beliau pamerkan juga menyatukan kelab, membantu mereka menjadi sebuah keluarga yang boleh mencapai sesuatu yang hebat pada waktu itu.



Pogba kini kembali ke kelab yang perlu diingatkan tentang apa yang boleh dicapai menerusi perpaduan. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >