MOSCOW - Argentina gagal memanfaatkan kehadiran Lionel Messi dalam perlawanan pertamanya menentang Iceland apabila dua pasukan itu seri 1-1.

Semasa memanaskan badan selama 15 minit sebelum perlawanan bermula, terdapat tanda bahawa Messi terpaksa berhempas pulas. Tendangan kiri yang biasanya hebat tidak menemui sasaran.

Beliau tidak menemui kekuatannya sepanjang perlawanan, malah gagal menyumbatkan gol apabila Argentina mendapat tendangan penalti pada minit ke-64 apabila penjaga gawang Iceland Hannes Halldorsson menyelamatkannya.

Nasib Messi berbeza denagn pesaingnya, Cristiano Ronaldo, yang menyumbat hat-rick bagi membantu Portugal menyekat Sepanyol yang berakhir seri 3-3.

Rakan sepasukan Messi, Sergio Aguero, berkata selepas perlawanan bahawa kegagalan itu menunjukkan Messi hanya manusia dan berharap dia boleh menjadi lebih baik bagi perlawanan seterusnya menentang Croatia.

Messi, 30 tahun, membuat 11 rembatan ke atas Iceland, tetapi semua tidak berjaya.

Argetina menyumbat gol sumbangan Ayuero pada menit ke-19.

Iceland menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi Alfred Finnbogason. - The Straits Times