Topik diikuti
Pergi ke BHkuBola sepak: Man U tersekat, kini 13 mata di belakang City

Harry Maguire, pemain Leicester City, berpluk gembira dengan Wes Morgan di akhir perlawanan. - REUTERS
Dec 24, 2017 | 1:13 PM
Bola sepak: Man U tersekat, kini 13 mata di belakang City
LEICESTER, United Kingdom - Manchester United akan menyambut Krismas dengan 13 mata di belakang Manchester City dalam Liga Perdana apabila gol Harry Maguire meletakkan Leicester City 2-2 pada Sabtu (23 Disember).
Juan Mata kelihatan merangsang kemenangan United apabila pasukan Jose Mourinho bangkit setelah Jamie Vardy menyumbat gol pada 27 minit.
Mata menyumbat bola menerusi sepakan percuma yang hebat di stadium King Power.
Tetapi empat minit sebelum perlawanan berakhir, Maguire mengejutkan United dengan menanduk masuk bola hasil hantaran Marc Albrighton dan menyamakan kedudukan. - Agensi