LONDON: Kapten Manchester United, Harry Maguire, berkata beliau bimbang mengenai keselamatannya, malah merasakan nyawanya terancam apabila polis Greece memberkasnya minggu lalu.
Pemain pertahanan itu berkata, pegawai polis berpakaian preman dan tidak mengenalkan diri, menghentikan kenderaan mereka di depan van yang dinaiki Maguire, menariknya keluar, memukul kakinya dan berkata bahawa "kerjaya bola sepak beliau akan berakhir".


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg