Topik diikuti
Pergi ke BHkuPerancis tewaskan Norway 3-1, duduki tangga teratas Kumpulan A
Jun 14, 2019 | 5:30 AM
Perancis tewaskan Norway 3-1, duduki tangga teratas Kumpulan A
VALENCIENNES (Perancis): Eugenie Le Sommer membantu hos Piala Dunia Wanita, Perancis, untuk menduduki tangga teratas Kumpulan A selepas menjaringkan gol penalti kemenangan dalam perlawanan menentang Norway kelmarin.
Pemain bintang pasukan wanita Lyon, Le Sommer, menjaringkan gol tersebut 18 minit sebelum tamat perlawanan selepas pengadil Bibiana Steinhaus, dengan bantuan video penolong pengadil (VAR), memutuskan untuk memberikan penalti kepada Perancis.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti