Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bola sepak satukan 80 kanak-kanak pelbagai kaum

Jun 12, 2024 | 6:08 PM
Sekitar 80 kanak-kanak menyertai Kem Bola Sepak anjuran empat badan bantu diri setempat yang diadakan pada 12 dan 13 Jun di Kick Off! Kovan.
Sekitar 80 kanak-kanak menyertai Kem Bola Sepak anjuran empat badan bantu diri setempat yang diadakan pada 12 dan 13 Jun di Kick Off! Kovan. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Kem bola sepak yang menggalak kesatuan dan keharmonian antara kanak-kanak daripada pelbagai kaum melalui bola sepak dilancarkan pada 12 Jun.

Kem itu dianjurkan empat badan bantu diri – Persatuan Serani (EA), Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC), Yayasan Mendaki (Mendaki), dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) serta disokong Majlis Sukan Singapura (SportSG) serta jurulatihnya.

Kem itu berlangsung selama dua hari dari 12 hingga 13 Jun dan dihadiri 80 kanak-kanak berumur antara tujuh dengan 12 tahun.

Acara itu diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Encik Alvin Tan.

Beliau melancarkan acara itu dengan membuat sepakan penalti di depan kanak-kanak daripada empat badan bantu diri dan tetamu khas daripada SportCares.

Tahun 2024 merupakan kali kedua kem itu diadakan. Kali pertama ia diadakan adalah pada 2023.

Untuk kem kali ini, peserta menjalani sesi latihan yang diketuai jurulatih Akademi Bola Sepak ActiveSG pada hari pertama manakala hari kedua pula diadakan pertandingan bola sepak dalam kalangan peserta.

Ia bertujuan mempamerkan kemahiran peserta dan kerja berpasukan mereka.

Encik Tan memuji kumpulan badan bantu diri di atas usaha bersama mereka dalam menyatukan masyarakat berbeza.

“Kepelbagaian kami adalah sumber kekuatan dan identiti unik Singapura.

“Kem Bola Sepak badan bantu diri yang merangkumi kepelbagaian latar belakang telah menyediakan ruang untuk anak-anak kita berinteraksi dan menjalin hubungan dengan rakan sebaya daripada pelbagai latar belakang,” kata Encik Tan.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada badan bantu diri kerana telah membuka ruang bagi menerapkan rasa kasih sayang dan terangkum untuk semua.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Dr Noraslinda Zuber, berkata mereka gembira dapat berganding bahu dengan badan bantu diri lain untuk mengadakan Kem Bola Sepak itu.

Beliau yang mewakili Mendaki berkata: “Bola sepak adalah sukan kegemaran setiap peringkat usia di Singapura.

“Ia sering dimainkan di sekolah dan kawasan kejiranan. Saya harap kem ini akan membina daya tahan anak-anak kita, eratkan persahabatan dan kukuhkan kerja berpasukan mereka.”

Timbalan Ketua Pegawai Esekutif Mendaki, Dr Noraslinda Zuber.
Timbalan Ketua Pegawai Esekutif Mendaki, Dr Noraslinda Zuber. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Pada 2024, Mendaki menerima 17 penyertaan kanak-kanak. Seramai 13 daripada mereka adalah pelajar program tuisyen manakala empat terdiri daripada keluarga benefisiari.

Antara peserta kem tersebut ialah Noor Hozireen Muhammad Hozir, 10 tahun, yang merupakan pelajar program tuisyen Mendaki.

Noor Hozireen Muhammad Hozir, dilihat menggelecek bola di sesi latihan Kem Bola Sepak Badan Bantu Diri
Noor Hozireen Muhammad Hozir, dilihat menggelecek bola di sesi latihan Kem Bola Sepak Badan Bantu Diri - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Murid sekolah rendah CHIJ Katong Convent itu mula berminat bermain bola sepak sejak berusia enam tahun dan menjadikan mak ciknya yang merupakan jurulatih bola sepak sebagai inspirasi.

Beliau berharap kem itu mampu meningkatkan kemahiran bola sepaknya dan ingin mempunyai lebih ramai kawan daripada pelbagai kaum dan latar belakang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg