Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Zulfahmi kekal di Thai dengan kelab baru

Dec 31, 2020 | 5:30 AM
KEKAL DI ANTARA LIGA TERBAIK ASIA TENGGARA: Pemain midfield Singapura Zulfahmi Arifin (kiri) bersama ketua jurulatih Samut Prakan City FC Masatada Ishii (kanan) selepas menandatangani kontrak dengan kelab Liga 1 Thailand. - Foto FACEBOOK SAMUT PRAKAN CITY FC
KEKAL DI ANTARA LIGA TERBAIK ASIA TENGGARA: Pemain midfield Singapura Zulfahmi Arifin (kiri) bersama ketua jurulatih Samut Prakan City FC Masatada Ishii (kanan) selepas menandatangani kontrak dengan kelab Liga 1 Thailand. - Foto FACEBOOK SAMUT PRAKAN CITY FC -

PEMAIN midfield Singapura Zulfahmi Arifin akan terus mengembang sayapnya di luar negara setelah berjaya mengikat kontrak bersama kelab liga ulung Thailand, Liga 1 (T1), Samut Prakan City FC, kelmarin.

Zulfahmi, 29 tahun, berpindah dari satu lagi kelab T1, Suphanburi FC, untuk menandatangani perjanjian selama satu setengah musim dengan Samut Prakan City.

Ini bermakna dua pemain Singapura akan menyarung jersi Samut Prakan City, dengan penjaga gol pasukan Singa Izwan Mahbud menyertai kelab yang digelar Sea Fang itu September lalu.

"Sudah tentu, dengan Izwan dalam pasukan, ia membuatkan keputusan saya lebih mudah," kata Zulfahmi kepada Berita Harian.

Setelah tamat kontraknya bersama Suphanburi baru-baru ini, Zulfahmi berkongsi beliau telah berhubung dengan beberapa kelab dan menerima beberapa tawaran.

Namun, tawaran di Samut Prakan City yang paling menarik.

"Ejen berbincang dengan ketua jurulatih (Samut Prakan City) dan dia (ketua jurulatih) menjelaskan apa perancangannya untuk saya jika saya sertai mereka.

"Melihat bagaimana persembahan mereka musim ini membuat saya tidak berfikir panjang untuk menerimanya (kontrak)," jelas Zulfahmi.

Samut Prakan City kini menduduki tangga keenam T1 musim 2020-2021 ini, daripada 16 pasukan yang bertanding.

Ini merupakan kelab ketiga Zulfahmi di Thailand - selepas menyertai Chonburi FC pada 2018 selama setahun dan Suphanburi pada Disember tahun lalu.

"Sudah tentu, saya rasa sedih untuk tinggalkan kelab seperti Suphanburi tetapi pada masa yang sama, saya gembira dapat berpindah ke Samut Prakan City," kata Zulfahmi.

Selain Zulfahmi dan Izwan, pemain pertahanan BG Pathum United Irfan Fandi ialah seorang lagi pemain Singapura yang beraksi dalam T1 - salah satu liga terbaik di rantau ini.

Dengan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) ditangguhkan kepada 5 Disember tahun depan hingga 1 Januari 2022 akibat pandemik Covid-19, tahun 2021 merupakan tahun genting bagi pemain negara memaparkan prestasi terbaik mereka dan mendapatkan perhatian jurulatih bola sepak Singapura Tatsuma Yoshida.

"Sudah tentu berada dalam pasukan yang baik akan bantu saya mempersiapkan diri untuk AFF. Tetapi, saya sepenuhnya fokus untuk bekerja keras dan lakukan yang terbaik untuk kelab dahulu," tambah Zulfahmi, yang telah membuat 46 penampilan untuk pasukan Singa.

"Dan dengan melakukannya, insya-Allah ia akan bantu saya mempersiapkan diri dengan baik untuk AFF."

"Sudah tentu berada dalam pasukan yang baik akan bantu saya mempersiapkan diri untuk AFF (Piala Suzuki). Tetapi, saya fokus sepenuhnya untuk bekerja keras dan lakukan yang terbaik untuk kelab dahulu.

"Dan dengan melakukannya, insya-Allah ia akan bantu saya mempersiapkan diri dengan baik untuk AFF." - Zulfahmi, yang telah membuat 46 penampilan untuk pasukan Singa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg