Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak: Shahril tidak akan beraksi lagi di Piala AFF Suzuki selepas jalani pembedahan bahu

Nov 17, 2018 | 08:00 PM



 



 



PENYERANG veteran Shahril Ishak tidak akan beraksi lagi di Piala AFF Suzuki yang sedang berlangsung selepas menjalani pembedahan bagi merawat bahu kanan yang terkehel.



Bercakap kepada The Straits Times, jurulatih sementara pasukan bola sepak nasional Fandi Ahmad berkata: “Shahril telah menjalani pembedahan bagi bahu yang terkehel dan terkeluar dari pertandingan ini. Namun beliau akan tetap bersama kami.”



Mengikut undang-undang pertandingan, kecuali penjaga gawang, Fandi tidak dibenar menggantikan sebarang pemain yang cedera.



Bahu Shahril, 34 tahun, terkehel selepas beliau bertembung di udara dengan pemain Filipina dan jatuh di atas bahunya pada minit ke-72 perlawanan Kumpulan B di Bacolod pada Selasa.

Singapura tewas 0-1 kepada Filipina dalam perlawanan itu.



Shahril, yang memulakan perlawanan di bangku, baru sahaja disertakan selama enam minit, bagi menggantikan Faris Ramli, yang mengalami kecederaan peha.



Menurut Fandi, beliau berharap menggunakan Shahril, yang telah mewakili Singapura sejumlah 138 kali dan menjaringkan 14 gol, sebagai ‘ayam tambatan’ dalam perlawanan itu.



Shahril, kata Fandi, masih mempunyai sentuhan penting yang boleh mencipta gol bagi pasukan.



“Kata Fandi: beliau pemain utama dan boleh menjadi pemain yang mengubah perlawanan supaya berpihak kepada kami,” kata Fandi.



“Beliau dijangka berbuat demikian (semasa menentang Filipina). Pada usia itu, beliau masih boleh memberi sumbangan kepada pasukan dan memberi dimensi berlainan kepada permainan kami.”



Singapura kini menduduki tangga keempat dengan tiga dalam Kumpulan B, dengan rekod satu kemenangan (1-0 ke atas Indonesia) dan satu kekalahan.



Pasukan di atasnya, Thailand, Indonesia dan Filipina, masing-masing turut mempunyai tiga mata, tetapi mempunyai kelebihan jaringan gol lebih baik. Thailand dan Filipina, masing-masing juga baru beraksi dalam satu perlawanan.



Perlawanan selanjutnya bagi Singapura adalah pada Rabu (21 November), apabila ia menentang Timor-Leste di Stadium Negara.



Singapura perlu menjaringkan seberapa banyak gol yang termampu semasa bertemu pasukan yang dianggap paling lemah dalam kumpulan ini, demi menambah kiraan perbezaan gol dan mencerah peluang mara dari peringkat kumpulan.



Fandi, pada Jumaat (16 November) mengadakan sesi latihan tertutup di Stadium Negara, dan berkata beliau memberi keutamaan kepada strategi mencerobohi pertahanan Timor-Leste.



Dalam pada itu, Myanmar dan Vietnam sedang mendahului Kumpulan A selepas masing-masing menewaskan Laos 3-1 dan Malaysia 2-0 pada Jumaat.



Myanmar, Vietnam dan Malaysia masing-masing mempunyai enam mata, tetapi Malaysia jatuh ke tangga ketiga kerana mempunyai rekod jaringan gol kurang baik dan telah beraksi lebih satu perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >