Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Menjelang Piala AFF

Bola sepak: Singa atasi kejutan awal untuk tewaskan Kemboja 2-1

Oct 16, 2018 | 09:32 PM



 



 



Pasukan bola sepak nasional mengatasi kegenjotan awal untuk menewaskan Kemboja 2-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Olimpik Phnom Penh pada Selasa (16 Oktober), sebahagian persiapan bagi Piala AFF bulan depan.



Beraksi tanpa beberapa pemain tunggak seperti Khairul Amri, Hariss Harun dan Shakir Hamzah, Singapura memulakan permainan dengan hambar, memberi peluang kepda pemain Kemboja, yang bak lebih bertenaga, untuk mengatur serangan demi serangan.



Tekanan yang berterusan itu akhirnya melahirkan gol pada minit ke-17, apabila Ho Wai Loon gagal mengawal bola yang melantun dari dadanya langsung ke penjuru kanan gawang Hassan Sunny.



Namun, pasukan Singa muncul di padang dengan lebih bertenaga bagi babak kedua dan Jacob Mahler -  yang menggantikan Ho - menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-61 , gol sulung bagi pasukan nasional.



Gol itu bak memberikan suntikan semangat baru kepada pemain nasional, yang mula mengatur serangan lebih kemas yang berakhir dengan Ikhsan Fandi menyumbat gol kedua dan kemenangan pada minit ke-74.



Namun, Ikhsan yang dianggap sebagai pilihan utama untuk menggantikan Khairul Amri di barisan depan, cedera semasa menjaringkan gol itu dan terpaksa digantikan oleh Shahril Ishak, perkembangan yang mencetus keprihatinan menjelang Piala AFF dalam tempoh tiga minggu.



Kemenangan itu memelihara rekod tanpa kalah Singa dalam empat perlawanan sejak Fandi mula memimpin pasukan nasional.



Sebelum ini, pasukan Singa diikat 1-1 oleh Mauritius, dan  menewaskan Fiji dan Mongolia, masing-masing dengan jaringan 2-0.



Fandi dan anak didiknyal dijadual pulang ke Singapura sebelum berangkat ke Osaka, Jepun bagi menjalani latihan pusat dari 21 Oktober hingga 2 November. Menyusuli latihan pusat itu, Fandi dijangka mengumumkan senarai 23 pemain yang bakal dipilih untuk mewakili negara di Piala AFF.



Singapura bertanding dalam Kumpulan B di Piala AFF, yang turut disertai juara bertahan Thailand, Filipina, Indonesia dan Timor-Leste.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >