Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: S'pura antara gabungan lima negara Asean anjur Piala Dunia 2034

Oct 11, 2019 | 04:46 PM



SINGAPURA antara lima negara Asean yang bersetuju untuk membentuk  kumpulan bekerja dan membida untuk menganjurkan Piala Dunia 2034, menurut kenyataan bersama yag diterbitkan Pertemuan Menteri Asean mengenai Sukan Kelima, yang diterbitkan pada Jumaat (11 Oktober).



“Menyusuli kenyataan pengerusi Sidang Puncak ASEAN ke-34 mengenai Bidaan Bersama Asean bagi menganjurkan Piala Dunia FIFA 2034… kami bersetuju membentuk kumpulan bekerja teknikal yang dipimpin Thailand dan dianggotai empat lagi negara Asean, iaitu Indonesia, Malaysia, Singapura dan Vietnam sebagai anggota teras dan kami mengundang anggota lain untuk menyertai kumpulan ini, “ kata kenyataan itu.



Kenyataan itu diterbitkan bagi menggulung Pertemuan Menteri Asean Mengenai Sukan Kelima, yang diadakan di Manila antara 8 Oktober dengan 11 Oktober. Ia dihadiri oleh pegawai dari semua 10 negara Asean.



Kelmarin, Menteri Sukan dan Pelancongan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn mengumumkan bahawa Asean akan menyerahkan bidaan bersama untuk menganjurkan Piala Dunia 2034.



Ini menyusuli pengumuman Perdana Menteri Thailand Prayutjh Chan-ocha pada Jun lalu, yang berkata pemimpin Asean telah berikrar memberi sokongan untuk membida bagi menganjurkan Piala Dunia pada 2034.



Idea bagi menganjurkan bidaan bersama pertama kali dicetus pada 1996 oleh Encik Abdullah Tarmugi, yang berkhidmat sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat pada ketika itu.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >