Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PANDANGAN

Bola sepak S'pura dalam keadaan tenat, di mana sinar harapan?

May 13, 2023 | 05:30 AM



BOLA sepak negara nampaknya dalam keadaan tenat.



Bukan saja skuad Singa bawah 22 tahun kendalian Philippe Aw gagal layakkan diri ke peringkat seterusnya buat kali kelima berturut-turut dalam Sukan SEA, maruah mereka dirobek dalam perlawanan akhir kumpulan B menentang Malaysia setelah tewas 0-7.



Kekalahan tersebut adalah paling teruk yang pernah dialami Singapura dalam Sukan SEA sejak 1971, di mana mereka tewas 1-8 di tangan Burma (kini Myanmar).



Malah dalam sidang media selepas perlawanan, jurulatih Malaysia E. Elavarasan seakan memberi bayangan bahawa beliau dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan bola sepak Singapura.



"Barangkali pasukan Singapura tidak menjangkakan apa-apa (untuk pertandingan ini)," seloroh beliau.



Apa tidaknya, pelbagai jurulatih sudah silih berganti - Aide Iskandar (2015), Richard Tardy (2017), Fandi Ahmad (2019), Nazri Nasir (2021) dan kini Philippe Aw - tetapi bola sepak negara nampaknya masih tidak berganjak di persada antarabangsa.



Sukan SEA kali ini juga melihat skuad Singa berada di tangga paling corot kumpulan, dengan perbezaan jaringan membezakan Singapura dengan Laos.



Kalau bukan kerana kecemerlangan penjaga gawang Aizil Yazid di hadapan gol, jurang perbezaan gol mungkin lebih lebar.



Luar dari Sukan SEA, pasukan Singa bawah 22 tahun turut terkial-kial membendung Hong Kong dan Kemboja dalam Piala Merlion pada April - piala yang menguji kemampuan skuad Singa sebelum melangkah masuk ke Sukan SEA.



Secara jujur, saya bukanlah pakar dalam bola sepak dan saya tidak layak untuk mengadili kedudukan atau prestasi bola sepak negara.



Tetapi izinkan saya untuk meluahkan ketidakpuasan sebagai penyokong melalui pengamatan saya dari aspek jurang mutu pemain belia dan kebertanggungjawaban.



JURANG MUTU PEMAIN BELIA



Dalam sidang media selepas kekalahan dengan Malaysia pada Khamis, Aw menjelaskan pentingnya "menilai ekosistem dan proses" bola sepak Singapura.



"... sekiranya kami tidak lakukan apa-apa pada masa hadapan, keadaan akan bertambah buruk. Ini telah berlarutan sejak sekian lama," tambahnya - merujuk kepada prestasi hambar pasukan Singa, khususnya di peringkat belia.



Dalam perlawanan pertama Singapura menentang Thailand, yang mana skuad Singa tewas 1-3, jurang perbezaan antara kekuasaan teknikal pemain begitu ketara dan pemain Thailand kelihatan lebih selesa dengan bola.



Aw sendiri mengakui pada sidang media selepas perlawanan bahawa Thailand merupakan seteru berkualiti dan "telah bermain di tahap tinggi" - skuad bawah 22 tahun mereka pernah berdepan dengan Korea Selatan dan Arab Saudi di Piala Asia Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC).



Justeru boleh dikatakan Singapura jauh ketinggalan dalam aspek pembangunan belia di rantau ini kerana negara-negara jiran sudah mempunyai struktur pembangunan belia dan kumpulan bakat yang tidak putus.



Di sinilah projek nasional Unleash The Roar (UTR) mungkin memberi secebis sinar harapan setelah dilancarkan pada 2021.



Projek tersebut bertujuan meningkatkan taraf bola sepak Singapura di semua peringkat dan mewujudkan sistem pembangunan berstruktur.



Mentor pertama projek UTR dan bekas pemain kebangsaan, Rafi Ali, menjelaskan:



"Dari segi kebolehan teknikal, taktikal dan kebijaksanaan, pasukan kebangsaan berada jauh di bawah berbanding dengan negara-negara lain (dalam kumpulan B).



"Itulah sebabnya saya telah memberi penekanan terhadap pembangunan belia... Kita perlukan jurulatih yang benar-benar dapat mendorong belia dan barangkali jurulatih yang telah bermain (bola sepak) di peringkat tinggi, yang tahu intensiti yang diperlukan dalam bola sepak antarabangsa.



"Pasukan Thailand, Vietnam, Indonesia, Malaysia semua meletakkan kepentingan tinggi pada pembangunan belia."



Dalam edisi Sukan SEA ini, Singapura digolong dalam 'kumpulan maut' bersama Thailand, Vietnam, Malaysia dan Laos.



BERI PENJELASAN



Sungguhpun projek UTR kini sudah dilancarkan bagi mempertingkatkan taraf bola sepak Singapura menjangkau teras-teras berbeza, mungkin sudah tiba masanya badan bertanggungjawab bagi menyelenggara bola sepak di sini tampil untuk memberi penjelasan terhadap prestasi Singapura sejak kebelakangan ini.



Jika ada kekhilafan atau kekurangan, tidak salah untuk akui kerana sebagai peminat, kami hanya inginkan yang terbaik buat pasukan.



Contohnya persiapan latihan bagi Sukan SEA, yang mana 15 hari sebelum perlawanan pembukaan, sebahagian besar pemain pasukan Singa masih bermain di kelab masing-masing dalam Liga Perdana Singapura (SPL).



Ini berbanding Kemboja atau Myanmar yang telah mengadakan kem latihan bersama.



Akhir kalam sebagai penyokong, saya tidaklah mengharapkan kemenangan piala dunia, tetapi perkembangan dan peningkatan dari masa ke masa demi mengharumkan nama negara di persada dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >