Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak: Tiada tuduhan terhadap bekas ketua FAS Zainudin Nordin, setiausaha agung Winson Lee berhubung serbuan 2017, kata AGC

Sep 27, 2021 | 10:55 AM



BEKAS pegawai kanan  Persatuan Bola Sepak Singapura Zainudin Nordin dan Winston Lee tidak akan menghadapi tuduhan berhubung siasatan berbilang tahun mengenai dakwaan dana di kelab bola sepak setempat telah disalah guna.

Zainudin, yang juga bekas Anggota Parlimen (AP), berkhidmat sebagai presiden FAS dari 2009 hingga 2017, sementara Lee menyandang jawatan setiausaha agung selama sembilan tahun sebelum meletak jawatan pada Disember 2017.

Menjawab pertanyaan akhbar The Straits Times (ST), seorang jurucakap Pejabat Peguam Negara (AGC) berkata:

“AGC, baru-baru ini, telah mengarahkan Jabatan Ehwal Komersial (CAD) supaya tidak mengambil tindakan lanjut terhadapn Zainudin Bin Nordin dan Winston Lee.

“AGC masih berunding dengan CAD untuk menyemak dapatan siasatan CAD terhadap individu lain dan justeru, tidak dapat memberi komen mengenai kes tersebut pada masa ini.”

AGC tidak memberikan nama individu lain yang terlibat dalam kes ini, tetapi telah dilaporkan sebelum ini Zainudin, Lee, pengerusi Hougang United Bill Ng dan isteri Ng Bonnie Wong telah ditangkap dan disoal-siasat oleh CAD.

ST telah menghubungi Zainudin dan Lee untuk mengulas lebih lanjut.

Kenyataan AGC itu adalah perkembangan utama pertama dalam kes itu, yang mengegarkan sukan negara sejak hampir 41/2 tahun, pada April 2017.

Pada ketika itu, FAS sedang mengadakan pilihan raya pertama dalam sejarahnya. Sebelum itu, anggota majlis FAS dilantik pemerintah.

Ng telah mengetuai pasukan bernama Game Changers, yang bersaing dengan pasukan yang diketuai naib president FAS pada ketika itu, Lim Kia Tong.

Semasa berkempen bagi pilihan raya itu, Kelab Bola Sepak Tiong Bahru – sebuah kelab amatur yang juga dikendalikan Ng dan  menganggotai Game Changers – berkata ia telah memberikan derma $500,000 kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Asean (AFF) menerusi FAS.

Pendedahan itu mencetus perikaian lisan di mata awam antara Ng dengan Lee.

Ng berkata Lee bertanggungjawab utama bagi derma itu, sementara Lee berkata Ng tidak tahu menahu mengenai urus niaga itu dan mendakwa Zainudin juga terlibat.

Tuduhan berbilang itu mendorong agensi sukan negara Sport Singapore untuk membuat laporan polis ke atas Tiong Bahru atas salah laku yang disyaki terhadap penggunaan dana kelab dan percubaan  seorang pegawai kanan di kelab itu yang didkwa mengadang pelengkapan audit ke atas beberapa kelab yang pada ketika itu tidak menyertai Liga Singapura atau S-League, yang kini telah ditukar namanya kepada Liga Perdana Singapura.

CAD telah mengadakan serbuan di pejabat FAS di Stadium Jalan Besar (JBS) dan tiga kelab yang berhubung kati dengan Ng – Hougang, Tiong Bahru dan Woodlands Wellington – untuk merampas dokumen t dan komputer.

Lim memenangi pilihan raya FAS pada 2017 itu.

Pada April 2021, tiga minggu sebelum FAS mengadakan pilihan raya itu, Menteri Ehwal Dalam Negeri K. Shanmugam memberitahu Parlimen AGC sedang mengadakan semakan terhadap dapatan siasatan CAD.

Menyusuli itu, Lim tidak ditandingi dalam pilihan raya, dan memulakan penggal kedua selama empat tahun sebagai presiden.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >