Topik diikuti
Pergi ke BHkuVieira: Luaskan pintu bagi pemain kulit hitam jadi pengurus
Vieira: Luaskan pintu bagi pemain kulit hitam jadi pengurus
ENGLAND: "Pintu tidak terbuka bagi pengurus kulit hitam," kata pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira.
Vieira, satu-satunya pengurus kulit hitam dalam Liga Perdana England (EPL), berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk menggalak para pemain kulit hitam ke peringkat pengurusan.
Satu laporan baru menunjukkan 43 peratus pemain EPL dan 34 peratus pemain Liga Bola Sepak England (EFL) adalah kulit hitam tapi hanya 4.4 peratus jadi pengurus.
"Kita perlu beri peluang kepada mereka yang berlainan kulit," kata Vieira.
"Kami juga sebaik sesiapa sahaja. Dan kami perlu mempunyai peluang sama rata. Apabila anda lihat lima liga teratas di dunia dan anda lihat bilangan jurulatih kulit hitam dalam divisyen satu atau dua, memang kurang. Peluang amat kurang di sana.
"Kurang juga jalinan para pemain kulit hitam untuk menghubungkan diri mereka dengan golongan yang membuat keputusan.
"Namun secara keseluruhannya, saya percaya pintu tidak terbuka buat kami dan apa yang boleh kita lakukan untuk ceburi ke peringkat pengurusan.
"Apabila saya berbual tentang pengurusan saya bukan sahaja bercakap mengenai pasukan tapi juga bercakap tentang peringkat atasan.
"Kami perlu diberi lebih banyak peluang membuktikan yang kami juga sebaik sesiapa sahaja."
Vieira yang merupakan salah seorang pemain terbaik sedikit masa dahulu, memenangi Piala Dunia bersama Perancis pada 1998 dan Kejuaraan Eropah dua tahun kemudian.
Semasa kerjayanya, pemain tengah Arsenal itu memenangi Liga Perdana tiga kali, dan merupakan antara pemain dalam pasukan 'The Invincibles' yang tidak pernah kalah pada musim 2003-2004.
Beliau juga menjulang Serie A empat kali dan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah bersama Inter Milan.
Selepas kerjaya sebagai pemain berakhir beliau menjadi pengurus New York City dan Nice sebelum mengambil alih pengurusan Palace pada Jun tahun lalu.
Vieira berkata sokongan daripada pengarah urusan Manchester City, Brian Marwood, yang mendorongnya ke arah pengurusan pasukan.
"Saya banyak berbincang dengan Brian Marwood dan beliau membuat saya lebih faham bahawa kerjaya selaku pemain sahaja tidak mencukupi.
"Lantas saya memilih jalani kursus kejurulatihan dan bermula dengan pasukan Manchester City bawah 21 tahun dan kemudian saya ke New York.
"Saya perlu bangunkan kredibiliti serta pengalaman untuk benar-benar percaya bahawa inilah yang ingin saya lakukan," katanya lagi. - Agensi berita.