Premium
Bintang bola sepak AS umum hamil
Oct 25, 2019 | 5:30 AM
GHAIRAH: Morgan akan menimang cahaya mata perempuan yang dijadual lahir pada April tahun depan. - Foto AFP -
LOS ANGELES: Bintang bola sepak wanita Amerika Syarikat, Alex Morgan, mengumumkan kelmarin beliau sedang hamil dengan seorang puteri yang dijadual lahir pada April tahun depan.
Morgan, anggota tunggak dalam pasukan wanita Amerika yang menjulang Piala Dunia dua kali berturut-turut pada 2015 dan 2019, telah terlebih dahulu mengesahkan berita baik itu kepada majalah People.

