Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bola sepak wanita: Singa wanita tewas 0-1 kepada Kemboja

May 6, 2023 | 11:12 PM
Pemain midfield Singapur Umairah Hamdan (tengah) ketika beraksi menentang Kemboja dalam pusingan kumpulan Sukan SEA di Stadium RSN pada Sabtu 6 Mei. - Foto SPORT SINGAPORE
Pemain midfield Singapur Umairah Hamdan (tengah) ketika beraksi menentang Kemboja dalam pusingan kumpulan Sukan SEA di Stadium RSN pada Sabtu 6 Mei. - Foto SPORT SINGAPORE -

PHNOM PENH: Pasukan Singa wanita tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 selepas mencatat kekalahan kedua berturut-turut mereka. Walaupun teguh mempertahankan benteng untuk sebahagian besar masa perlawanan, sepakan penalti pemain Kemboja Kunthea Poeurn pada minit ke-75 cukup untuk memusnahkan harapan Singapura. Gol kemenangan itu bagaimanapun membawa keriuhan kepada lebih 4,700 penyokong tempatan, di Stadium RSN pada Sabtu (6 Mei). Kemenangan 1-0 itu membawa pasukan tuan rumah Kemboja ke separuh akhir selepas mereka meraih enam mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B. Thailand - yang menang 6-0 ke atas Laos pada petang Sabtu - turut berjaya ke pusingan seterusnya. Pada 3 Mei, Thailand tewaskan Singapura 4-0. Justeru, penantian Singapura untuk ke separuh akhir Sukan SEA berpanjangan. Pasukan Singa wanita pernah memenangi pingat perak dalam Sukan SEA 1985. Pertandingan bola sepak pada tahun itu disertai tiga pasukan - Thailand (pasukan tuan rumah), Singapura dan Malaysia - dan dijalankan mengikut format 'round-robin'. Singapura seterusnya menentang Laos pada 9 Mei dalam aksi terakhir pusingan kumpulan mereka, manakala Kemboja akan berdepan Thailand.

PHNOM PENH: Pasukan Singa wanita tersingkir daripada saingan Sukan SEA 2023 selepas mencatat kekalahan kedua berturut-turut mereka.

Walaupun teguh mempertahankan benteng untuk sebahagian besar masa perlawanan, sepakan penalti pemain Kemboja Kunthea Poeurn pada minit ke-75 cukup untuk memusnahkan harapan Singapura. Gol kemenangan itu bagaimanapun membawa keriuhan kepada lebih 4,700 penyokong tempatan, di Stadium RSN pada Sabtu (6 Mei). Kemenangan 1-0 itu membawa pasukan tuan rumah Kemboja ke separuh akhir selepas mereka meraih enam mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B. Thailand - yang menang 6-0 ke atas Laos pada petang Sabtu - turut berjaya ke pusingan seterusnya. Pada 3 Mei, Thailand tewaskan Singapura 4-0. Justeru, penantian Singapura untuk ke separuh akhir Sukan SEA berpanjangan. Pasukan Singa wanita pernah memenangi pingat perak dalam Sukan SEA 1985. Pertandingan bola sepak pada tahun itu disertai tiga pasukan - Thailand (pasukan tuan rumah), Singapura dan Malaysia - dan dijalankan mengikut format 'round-robin'. Singapura seterusnya menentang Laos pada 9 Mei dalam aksi terakhir pusingan kumpulan mereka, manakala Kemboja akan berdepan Thailand.

Walaupun teguh mempertahankan benteng untuk sebahagian besar masa perlawanan, sepakan penalti pemain Kemboja Kunthea Poeurn pada minit ke-75 cukup untuk memusnahkan harapan Singapura.

Gol kemenangan itu bagaimanapun membawa keriuhan kepada lebih 4,700 penyokong tempatan, di Stadium RSN pada Sabtu (6 Mei).

Kemenangan 1-0 itu membawa pasukan tuan rumah Kemboja ke separuh akhir selepas mereka meraih enam mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B.

Thailand - yang menang 6-0 ke atas Laos pada petang Sabtu - turut berjaya ke pusingan seterusnya.

Pada 3 Mei, Thailand tewaskan Singapura 4-0.

Justeru, penantian Singapura untuk ke separuh akhir Sukan SEA berpanjangan.

Pasukan Singa wanita pernah memenangi pingat perak dalam Sukan SEA 1985.

Pertandingan bola sepak pada tahun itu disertai tiga pasukan - Thailand (pasukan tuan rumah), Singapura dan Malaysia - dan dijalankan mengikut format 'round-robin'.

Singapura seterusnya menentang Laos pada 9 Mei dalam aksi terakhir pusingan kumpulan mereka, manakala Kemboja akan berdepan Thailand.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg