SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Bola sepak wanita S'pura atasi Laos, raih kemenangan sulung sejak 1985

Bola sepak wanita S'pura atasi Laos, raih kemenangan sulung sejak 1985

May 13, 2022 | 8:05 PM

Bola sepak wanita S'pura atasi Laos, raih kemenangan sulung sejak 1985

Pasukan bola sepak wanita Singapura meraikan kemenangan 1-0 mereka ke atas Laos dalam Sukan SEA hari ini (13 Mei) di Stadium Cam Pha di Quan Ninh, Vietnam. - Foto SPORTSG/DYAN TJHIA
Pasukan bola sepak wanita Singapura meraikan kemenangan 1-0 mereka ke atas Laos dalam Sukan SEA hari ini (13 Mei) di Stadium Cam Pha di Quan Ninh, Vietnam. - Foto SPORTSG/DYAN TJHIA -

Pasukan bola sepak wanita Singapura mencipta sejarah hari ini (13 Mei) apabila mencatat kemenangan pertama mereka dalam Sukan SEA sejak 1985.

Gol kemenangan pemain midfield Nur Izzati Rosni pada minit ke-94 petang ini cukup untuk membantu Singapura mengalahkan Laos 1-0 di Stadium Cam Pha di Quan Ninh, Vietnam.

Kemenangan itu meletakkan Singapura di tangga ketiga daripada empat pesaing dalam Kumpulan B, dengan Thailand dan Myanmar bertembung dalam perlawanan kedua mereka malam ini.

Pasukan wanita Singa tumpas di tangan Thailand 0-3 pada Selasa lalu.

Singapura selanjutnya akan menentang Myanmar pada 15 Mei.

Temasya Sukan SEA Vietnam adalah penampilan pertama pasukan bola sepak wanita negara dalam Sukan SEA sejak 2003.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg